Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pengeluaran bijirin Asia Tenggara berisiko terjejas susulan kenaikan harga baja – Laporan
  • NASIONAL

Pengeluaran bijirin Asia Tenggara berisiko terjejas susulan kenaikan harga baja – Laporan

Utusan Sarawak 13 hours ago
GAMBAR hiasan

KUALA LUMPUR: Kenaikan harga baja serta konflik berpanjangan antara Amerika Syarikat dan Iran berpotensi mengehadkan penggunaan baja di Asia Tenggara, sekali gus meningkatkan risiko penurunan pengeluaran bijirin bagi musim tanaman 2026/27, menurut laporan unit Fitch Ratings seperti dipetik Xinhua.

BMI Country Risk and Industry Research dalam satu nota pada Selasa memaklumkan yang harga global urea melonjak sejak ketegangan memuncak pada 28 Februari, dengan indeks rujukan urea berbutir  New Orleans (Pantai Teluk AS) meningkat 40.4 peratus kepada AS$660 satu tan setakat 20 Mac.

Lonjakan ini mencerminkan jangkaan bekalan global yang semakin kurang, khususnya apabila eksport dari negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang menyumbang sekitar 20 peratus eksport baja bernitrogen dunia pada 2024 berdepan kekangan.

Dengan musim penanaman utama semakin hampir, harga tinggi berterusan bagi baja berasaskan nitrogen boleh mendorong petani mengurangkan kadar penggunaan, sekali gus menjejaskan hasil tuaian.

“Namun begitu, kami menjangkakan kesannya tidak sekata antara pasaran, bergantung kepada struktur pengeluaran, tindak balas dasar dan tahap kebergantungan kepada import,” menurut BMI.

Menurut BMI, Indonesia, Malaysia dan Vietnam dijangka agak terlindung daripada kekurangan baja nitrogen berikutan pengeluaran domestik yang lebih kukuh serta akses kepada bahan mentah gas asli.

Sebaliknya, Filipina dilihat lebih terdedah kerana kebergantungan tinggi terhadap import.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: KPKM perkukuh kesiapsiagaan hadapi kesan konflik Asia Barat, cuaca panas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.