Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KPDN Miri serbu stesen minyak disyaki seleweng diesel
  • Utara
  • WILAYAH

KPDN Miri serbu stesen minyak disyaki seleweng diesel

Utusan Sarawak 7 hours ago
SIASAT..Anggota KPDN Cawangan Miri melakukan satu serbuan di sebuah stesen minyak yang disyaki terlibat dalam kegiatan penyelewengan barang kawalan iaitu minyak diesel di Miri.

MIRI: Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Cawangan Miri telah melakukan serbuan di sebuah stesen minyak yang disyaki terlibat dalam kegiatan penyelewengan barang kawalan, iaitu minyak diesel.

Serbuan berkenaan dilakukan susulan satu hantaran di media sosial Facebook yang tular, menunjukkan sebuah kenderaan disyaki mengisi cecair dipercayai minyak diesel ke dalam tong di luar kenderaan, melebihi had yang dibenarkan oleh Pengawal Bekalan Malaysia.

SIASAT…Anggota KPDN Cawangan Miri melakukan satu serbuan di sebuah stesen minyak yang disyaki terlibat dalam kegiatan penyelewengan Barang Kawalan iaitu minyak diesel di Miri.

Pemeriksaan awal turut merangkumi penilaian rakaman kamera litar tertutup (CCTV), rekod transaksi dan resit pembelian bagi tujuan pengesahan lanjut.

Sehubungan itu, satu arahan bagi mengemukakan Dokumen Maklumat Barang Kawalan di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 telah dikeluarkan untuk rujukan dan tindakan lanjut, menurut kenyataan KPDN hari ini.

KPDN Cawangan Miri mengalu-alukan aduan awam dan menyediakan pelbagai saluran bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan penyelewengan barang kawalan.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: 112 kenderaan diperiksa semasa Ops HRA JPJ Miri
Next: Pasukan bomba selamatkan burung enggang cedera di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.