Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kenderaan disita susulan penyelewengan minyak diesel di Miri
  • JENAYAH

Kenderaan disita susulan penyelewengan minyak diesel di Miri

Utusan Sarawak 4 hours ago
SERBUAN…Anggota KPDN Cawangan Miri ketika melaksanakan serbuan terhadap sebuah kenderaan yang disyaki terlibat dalam kegiatan penyelewengan barang kawalan, iaitu minyak diesel.

MIRI: Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Cawangan Miri telah melaksanakan satu serbuan terhadap sebuah kenderaan yang disyaki terlibat dalam kegiatan penyelewengan barang kawalan, iaitu minyak diesel.

Menurut kenyataan KPDN Miri hari ini, dalam operasi tersebut, pemeriksaan awal dilakukan ke atas sebuah kenderaan persendirian yang mencurigakan ketika sedang mengisi bahan api berkenaan.

Hasil pemeriksaan lanjut, pasukan serbuan menemui sebuah tangki yang dipercayai telah diubah suai bagi tujuan penyimpanan dan pengisian cecair tersebut secara tidak sah.

Katanya, susulan itu, tindakan kes telah diambil di bawah Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Seksyen 21 akta yang sama terhadap pemilik kenderaan.

TANGKI minyak diesel yang diubah suai disita oleh KPDN Miri bagi tujuan siasatan lanjut.

Kenderaan tersebut turut disita bagi tujuan siasatan lanjut oleh KPDN Cawangan Miri, kes ini disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (AKB 1961).

Jika disabit kesalahan, individu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, denda boleh meningkat sehingga RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, katanya.

Tambahnya, bagi syarikat pula, denda boleh dikenakan sehingga RM2 juta, manakala bagi kesalahan berulang, denda boleh mencecah sehingga RM5 juta.

KPDN Cawangan Miri menegaskan bahawa pemantauan berterusan akan terus dipergiat di stesen-stesen minyak bagi membanteras kegiatan penyelewengan bahan api.

Penjualan atau pengisian bahan api ke dalam bekas selain tangki asal kenderaan melebihi 20 liter tanpa permit sah adalah satu kesalahan serius dan akan dikenakan tindakan tegas di bawah undang-undang.

Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat atau aduan melalui saluran WhatsApp 019-848 8000, e-aduan@kpdn.gov.my, Call Centre (1-800-886-800) Aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN.

KPDN turut menggesa kerjasama semua pihak dalam memastikan bekalan barang kawalan sentiasa terpelihara dan tidak disalahgunakan.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Kes dua lelaki positif dadah di Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.