Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Fasa Peralihan Monsun bermula Ahad, bahagian tengah Sarawak antara kawasan terjejas
  • SEMASA

Fasa Peralihan Monsun bermula Ahad, bahagian tengah Sarawak antara kawasan terjejas

Utusan Sarawak 5 hours ago
FASA Peralihan Monsun bermula Ahad. Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula Ahad ini dan berterusan sehingga Mei, membawa kepada kejadian ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di kebanyakan kawasan dalam tempoh singkat.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata kawasan dijangka terlibat ialah barat dan pedalaman Semenanjung, selatan dan tengah Sarawak serta bahagian barat Sabah.

Beliau berkata permulaan fasa itu menandakan Monsun Timur Laut 2025/2026 yang bermula 13 Nov tahun lepas berakhir.

“Semasa fasa peralihan, negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang berpotensi menggalakkan pembentukan awan ribut petir.

“Keadaan ini lazimnya membawa kepada kejadian hujan lebat berserta angin kencang dalam tempoh singkat, terutamanya pada petang dan awal malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hisham berkata fenomena cuaca itu berpotensi menjana puting beliung dan menghasilkan hujan batu selain mengakibatkan banjir kilat, tanah runtuh, kepala air, pokok tumbang, panahan kilat serta kerosakan pada struktur tidak kukuh.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan berlindung di dalam rumah atau bangunan, menjauhi kawasan lapang, tempat takungan air, struktur tinggi seperti pokok dan menara, rod pengalir elektrik termasuk tiang elektrik serta tangga besi.

Orang ramai juga dinasihatkan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca dikeluarkan MetMalaysia melalui laman sesawang rasmi, aplikasi mobil myCuaca serta media sosial rasmi jabatan itu.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline jabatan menerusi 1-300-22-1638. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Nasihat penjagaan kesihatan semasa cuaca panas
Next: Sistem eLASIS, Mobile LASIS dan kaunter JTS Sibu tergendala

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.