Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IPD Marudi anugerahkan sijil penghargaan sempena Hari Polis Ke-219
  • Utara
  • WILAYAH

IPD Marudi anugerahkan sijil penghargaan sempena Hari Polis Ke-219

Utusan Sarawak 7 hours ago
TAHNIAH…Ketua Polis Daerah IPD Marudi DSP Nor Aizan Mohd Jamil menyampaikan Sijil Penghargaan kepada SM Hilton Johny James Nyandang dari Cawangan Khas.
 

MARUDI: Seramai sembilan pegawai polis dan pegawai awam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi menerima Sijil Penghargaan sempena Peringatan Hari Polis Ke-219 Tahun 2026 peringkat IPD Marudi.

Majlis berkenaan diadakan di Gelanggang Bola Keranjang Kampung Cina Marudi hari ini.

Antara penerima sijil bagi kalangan pegawai polis ialah ASP Mohd Kamaruddin Jaafar (Cawangan KBPD), ASP Cliff Emang Ngau (Cawangan KCKD), ASP George Shua Apau Pana (KBSJD), Inspektor John Rimau (KBSJD), Inspektor Nixon Malang (PGRSN/Pegawai Pelesenan), SM Hilton Johny James Nyandang (Cawangan Khas), Sarjan Bunsu Andong (BSJ), Koperal Jeffery Ajang Baral (BSJ), PF Moyan Mitei (BSJK) dan Sarjan Alphonsus Susek (BKDNKA).

 KETUA Polis Daerah IPD Marudi, DSP Nor Aizan bergambar kenangan bersama anggota PDRM sempena Peringatan Hari Polis Ke-219 2026.

Selain itu, 11 pegawai Petronas SSGP Baram turut menerima sijil penghargaan, iaitu M Aidil Nizam Pathi, M Kamarulzaman Zaidi, Ismadya Harun, M Rafiee Bakar, Hamizah Mustafa, Henry Lanyau Wilfred Francis, SJN Weadan Sangi, KPL Ponch Ajak, KPL Julius Julin Linang, KPL Luface Neles Abdullah dan L/KPL Jeremy Apoi.

Turut menerima sijil penghargaan daripada kalangan orang awam ialah Petronas Marudi, Anil Chand (Benarat Lodge), Huong How Luk (Kontraktor) dan Jahara Kadir.

Majlis itu diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan dan dedikasi pegawai polis serta pihak berkepentingan dalam memastikan keselamatan dan kelancaran operasi di daerah berkenaan.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Harga bahan api meningkat, rakyat Julau digesa berbelanja secara berhemah
Next: MPS gesa ahli majlis lebih proaktif didik orang awam guna SMC Cares

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.