Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Konsert kemunculan semula BTS raih 18.4 juta tontonan, tertinggi carta Netflix
  • HIBURAN

Konsert kemunculan semula BTS raih 18.4 juta tontonan, tertinggi carta Netflix

Utusan Sarawak 8 hours ago
KONSERT kemunculan semula BTS raih 18.4 juta tontonan, tertinggi carta Netflix. Gambar hiasan.

SEOUL: Strim langsung konsert sulung kumpulan sensasi K-pop BTS selepas hampir empat tahun, menarik 18.4 juta tontonan di Netflix, menurut syarikat penstriman itu pada Selasa (waktu Amerika Syarikat), lapor Agensi Berita Yonhap.

Angka tersebut menggabungkan penonton masa nyata dan mereka yang menonton dalam tempoh 24 jam selepas siaran, menurut perkhidmatan itu.

“BTS the Comeback Live: Arirang” dengan mudah mendahului carta siri bukan bahasa Inggeris mingguan Netflix dengan margin yang besar, memperoleh 13.1 juta tontonan untuk minggu yang berakhir pada 22 Mac, tambah syarikat itu.

Netflix mengira paparannya yang digunakan untuk carta dengan membahagikan jumlah masa tontonan dengan masa berjalan.

Ia turut mengungguli carta mingguan di 24 negara termasuk Korea Selatan, Mexico, Jepun, Filipina, Indonesia dan Bulgaria, dan mula berada dalam kedudukan 10 teratas di 80 negara secara keseluruhan.

Septet K-pop itu mengadakan persembahan secara langsung di Dataran Gwanghwamun pada malam Sabtu di hadapan puluhan ribu peminat untuk menandakan pelancaran album studio kelimanya, “Arirang,” pada hari sebelumnya.

Acara itu juga mencetuskan keterujaan dalam talian. Menurut Netflix, kandungan berkaitan BTS di saluran rasminya merekodkan 2.62 bilion teraan, manakala tanda pagar yang dipautkan pada BTS dan Netflix menjadi trend di beberapa negara, seperti Amerika Syarikat, Korea Selatan, Filipina, Australia, Malaysia, India, Thailand, Argentina, Britain dan Turki.

Netflix dijadualkan menayangkan filem dokumentari di sebalik tabir, bertajuk ‘BTS: The Return’, pada Jumaat yang mengisahkan pembikinan album baharu itu.

– Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Umairah, Amad jadikan ‘Mak Iti’ sumber inspirasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.