Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jambatan konkrit RM5 juta di Kampung Beleti siap, mudahkan akses penduduk
  • Selatan
  • WILAYAH

Jambatan konkrit RM5 juta di Kampung Beleti siap, mudahkan akses penduduk

Utusan Sarawak 8 hours ago
DATUK Francis Harden Hollis semasa melakukan lawatan tapak projek jambatan konkrit baharu merentangi Sungai Undop di Kampung Beleti, Sabu, hari ini. Foto: ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Kerajaan terus memperkasa jaringan perhubungan luar bandar menerusi siapnya projek jambatan konkrit baharu merentangi Sungai Undop di Kampung Beleti, Sabu, yang kini telah dibuka secara rasmi untuk kegunaan orang awam.

​Projek infrastruktur bernilai RM5 juta itu merupakan antara inisiatif strategik di bawah seliaan Agensi Pembangunan Bahagian Sri Aman (SADA) bagi memastikan penduduk di kawasan pedalaman menikmati kemudahan akses yang lebih selamat dan kondusif.

​Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis, telah mengadakan lawatan tapak bagi meninjau kualiti akhir binaan tersebut sebelum proses penyerahan rasmi dilakukan.

DATUK Francis Harden Hollis semasa melakukan lawatan tapak projek jambatan konkrit baharu merentangi Sungai Undop di Kampung Beleti, Sabu, hari ini. Foto: ADUN Simanggang

​Menurut beliau, jambatan konkrit yang dibina oleh syarikat kontraktor Rosben Holding Sdn Bhd itu kini memberi manfaat secara langsung kepada 14 pintu keluarga yang berada di bawah bidang kuasa Kampung Beleti.

​”Lawatan ini bertujuan memastikan setiap spesifikasi kerja dipatuhi sepenuhnya sebelum proses serah milik daripada pihak kontraktor kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman sebagai agensi pelaksana dilakukan,” jelas beliau.

​Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu menambah, koordinasi antara agensi adalah amat penting di mana JKR bertindak sebagai badan teknikal, manakala SADA berperanan sebagai penerima manfaat utama yang memastikan impak pembangunan sampai kepada kumpulan sasar.

DATUK Francis Harden Hollis semasa melakukan lawatan tapak projek jambatan konkrit baharu merentangi Sungai Undop di Kampung Beleti, Sabu, hari ini. Foto: ADUN Simanggang

​Pihak kontraktor yang diwakili oleh Luke Benjamin dan Wilfred Gomez dari ROSBEN Holding Sdn Bhd turut memberi taklimat teknikal mengenai fasa akhir projek tersebut yang kini sedia untuk diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan.

​Selain itu, wakil daripada SADA, Gailreth Mukit dan Machelle Lenggang, serta Jurutera SIM HO Empire, Owen Chung Jia Hao, turut hadir bagi memantau integrasi projek ini dalam pelan pembangunan wilayah Sri Aman.

​Dengan pembukaan jambatan ini, mobiliti penduduk Kampung Beleti kini tidak lagi terhad, sekali gus dijangka mampu merangsang aktiviti ekonomi setempat serta meningkatkan kualiti hidup komuniti melalui sistem perhubungan yang lebih moden.

​Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Sri Aman, Michealson Nyisin, serta barisan jurutera dari JKR Bahagian Sri Aman.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek penahan tanah runtuh di Kerapa Spak perkukuh keselamatan penduduk
Next: Friday Belik kekal terajui PDP Krian, Pati Gimang dipilih Timbalan Pengerusi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.