Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Korea Selatan kuat kuasa penggiliran kenderaan lima hari untuk sektor awam
  • GLOBAL

Korea Selatan kuat kuasa penggiliran kenderaan lima hari untuk sektor awam

Utusan Sarawak 6 hours ago
KEMPEN promosi bagi sistem sekatan nombor pendaftaran kenderaan diadakan di Suwon, selatan Seoul, pada semalam. Foto Yonhap

SEOUL: Kerajaan Korea Selatan akan menguatkuasakan dengan tegas sistem penggiliran kenderaan lima hari mandatori bagi sektor awam sebagai tindak balas terhadap kemungkinan gangguan bekalan minyak susulan konflik berterusan di Asia Barat.

Menurut Kementerian Iklim, Tenaga dan Alam Sekitar hari ini, langkah penjimatan tenaga tambahan akan turut dilaksanakan.

Agensi Berita Yonhap melaporkan mulai esok, kerajaan akan meningkatkan pemantauan pematuhan sektor awam terhadap sistem catuan berasaskan plat iaitu kereta dibahagikan kepada lima kumpulan berdasarkan digit terakhir nombor plat mereka dan setiap kumpulan dilarang memandu pada hari bekerja yang ditetapkan, menurut kementerian itu.

Sistem berkenaan telah ada namun pelaksanaannya adalah longgar. Kenderaan elektrik dan hidrogen dikecualikan daripada sekatan tersebut.

Kementerian akan mengedarkan garis panduan terperinci mengenai pelaksanaan sistem sektor awam itu dan menggesa hukuman terhadap institusi yang gagal mematuhi peraturan berkenaan.

Kerajaan akan menasihati sektor swasta untuk mengambil bahagian secara sukarela dalam program itu susulan ketidaktentuan yang semakin meningkat berkaitan bekalan minyak mentah dan mempertimbangkan untuk mewajibkan sistem tersebut untuk sektor swasta juga jika amaran krisis sumber negara Tahap 3 dikeluarkan bagi bekalan minyak.

Keputusan melaksanakan sistem sedemikian susulan kerajaan meningkatkan amaran minggu lepas mengenai kemungkinan gangguan bekalan minyak mentah sehingga Tahap 2 dalam sistem amaran krisis keselamatan sumber negara empat peringkat Korea Selatan.

Ia juga akan meminta 50 syarikat teratas dari segi penggunaan minyak untuk merangka pelan penjimatan tenaga dan memberikan insentif kepada mereka yang memenuhi sasaran pengurangan penggunaan tenaga sambil menyeru institusi awam dan syarikat besar supaya melaraskan waktu bekerja buat sementara waktu bagi membantu menyeimbangkan trafik bagi penggunaan tenaga yang berkesan.

Di samping itu, kerajaan akan melonggarkan sekatan ke atas penjanaan kuasa arang batu pada hari-hari dengan paras habuk halus yang rendah dan mendesak untuk menyambung semula operasi pantas lima reaktor nuklear yang sedang diselenggara sebagai sebahagian daripada usaha mengurangkan penggunaan gas asli cecair (LNG), yang turut terjejas oleh krisis Asia Barat.- Bernama-Yonhap

Continue Reading

Previous: Bantuan kemanusiaan lambat, kos naik kerana konflik Asia Barat – IFRC
Next: Ketidaktentuan harga minyak global boleh tekan kos sara hidup, persediaan menyeluruh diperlukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.