Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • ​Remaja 17 tahun ditahan miliki dadah, positif Amphetamine di Betong
  • JENAYAH

​Remaja 17 tahun ditahan miliki dadah, positif Amphetamine di Betong

Utusan Sarawak 14 hours ago
REMAJA lelaki berusia 17 tahun ditahan polis selepas dipercayai memiliki bahan terlarang dan terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah di sekitar daerah ini, tengah hari tadi. Foto: IPD Betong

​BETONG: Polis berjaya menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun selepas dipercayai memiliki bahan terlarang dan terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah di sekitar daerah ini, tengah hari tadi.

​Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali Wan Malek berkata, tangkapan tersebut dilakukan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong sekitar jam 1.00 petang.

​Menurut beliau, suspek telah dibawa ke IPD Betong untuk tindakan lanjut selepas pemeriksaan awal mendapati remaja berkenaan berada dalam keadaan mencurigakan di lokasi tangkapan.

​Setibanya di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, suspek telah menjalani saringan ujian air kencing bagi mengenal pasti penglibatan bahan terlarang dalam badan.

​Hasil ujian saringan tersebut mengesahkan bahawa remaja berkenaan positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

​Walau bagaimanapun, hasil semakan rekod lampau mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau kesalahan berkaitan dadah sebelum ini.

​Kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun jika sabit kesalahan.

​Selain itu, suspek juga disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) akta yang sama, di mana pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun jika didapati bersalah.

​DSP Wan Mohamad Ali menegaskan bahawa pihak IPD Betong memandang serius sebarang penglibatan masyarakat dalam aktiviti dadah dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

​Beliau turut merayu orang ramai agar terus menyalurkan maklumat mengenai kegiatan dadah di daerah ini dengan menghubungi Balai Polis Betong di talian 083-472345 demi keselamatan komuniti setempat.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous:  Lelaki diberkas curi kabel di Marina
Next: Lima ditahan, 32 saman dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu IPD Lubok Antu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.