Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Wanita 20 tahun akhirnya dapat MyKad ‘K’ selepas dua dekad
  • SEMASA

Wanita 20 tahun akhirnya dapat MyKad ‘K’ selepas dua dekad

Utusan Sarawak 5 hours ago
TIANG (dua kanan) menyerahkan Mykad kepada Lau Wei Wei di pusat khidmatnya di sini, hari ini.

SIBU: Seorang wanita berusia 20 tahun akhirnya berjaya mendapatkan MyKad dengan awalan ‘K’ selepas berdepan masalah kewarganegaraan sejak lahir.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, kejayaan Lau Wei Wei itu adalah hasil bantuan Pusat Khidmat Pelawan.

Katanya, sebelum ini Wei Wei sukar mendapatkan MyKad kerana ibunya masih berstatus tanpa kerakyatan walaupun berasal dari Sarawak, manakala bapanya adalah warganegara Malaysia.

“Disebabkan keadaan itu, beliau menghadapi banyak kesukaran untuk mendapatkan MyKad ‘K’,” katanya kepada pemberita di pusat khidmatnya di sini, hari ini.

Menurutnya, usaha kini diteruskan untuk membantu ibu Wei Wei mendapatkan kad pengenalan dengan bantuan Kapitan So Teck Kee dan Penghulu Ting Tien Huat.

Tiang berkata, kes seperti ini masih berlaku di Sarawak dan perlu diberi perhatian.

“Anak Sarawak yang dilahirkan di Malaysia dan mempunyai ibu atau bapa dari Sarawak layak mendapatkan MyKad dengan awalan “K”.

“MyKad ‘K’ penting kerana membolehkan pemegangnya menikmati pelbagai bantuan kerajaan negeri termasuk dalam pendidikan dan kebajikan,” ujarnya.

Tiang menambah individu berumur 21 tahun ke bawah boleh memohon kewarganegaraan di bawah Perlembagaan Persekutuan, manakala yang lebih berusia perlu melalui proses tambahan.

Sementara itu, Wei Wei meluahkan rasa gembira kerana kini boleh menjalani kehidupan seperti orang lain.

“Selama 20 tahun saya tertanya-tanya sama ada boleh naik kapal terbang. Sekarang saya boleh dan juga boleh sambung belajar,” katanya.

Beliau turut berharap ibunya juga akan mendapat kad pengenalan tidak lama lagi.

Oleh Tarani Lanting

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: JBPM, JKT diminta semak SOP gerai bunga api

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.