Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Singapura, Australia bimbang konflik Asia Barat, tekad perkukuh keselamatan tenaga
  • GLOBAL

Singapura, Australia bimbang konflik Asia Barat, tekad perkukuh keselamatan tenaga

Utusan Sarawak 5 hours ago
SINGAPURA, Australia bimbang konflik Asia Barat, tekad perkukuh keselamatan tenaga. Gambar hiasan.

SINGAPURA: Singapura dan Australia mengulangi komitmen mereka untuk memperkukuh keselamatan tenaga serta mengekalkan aliran perdagangan terbuka di tengah-tengah ketegangan yang meningkat di Asia Barat.

Dalam kenyataan bersama hari ini, Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong dan rakan sejawatnya dari Australia Anthony Albanese menyatakan kebimbangan mendalam terhadap situasi itu serta potensi kesannya terhadap rantaian bekalan tenaga global.

Ini termasuk sokongan terhadap aliran barangan penting, termasuk produk petroleum seperti diesel dan gas asli cecair, antara kedua-dua negara, selain memaklumkan serta berunding antara satu sama lain mengenai sebarang gangguan yang menjejaskan perdagangan tenaga.

“Kami komited untuk bekerjasama bagi memperkukuh daya tahan rantaian bekalan tenaga, termasuk dengan memperdalam kerjasama serantau, mempercepatkan peralihan kepada tenaga boleh baharu, menangani sekatan import dan eksport yang tidak wajar serta mengekalkan aliran perdagangan terbuka,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Kementerian Luar susulan panggilan telefon antara Wong dan Albanese pada Isnin.

Menurut kenyataan itu, Australia dan Singapura akan mempercepatkan rundingan mengenai pengaturan perdagangan bagi bekalan penting.

Kedua-dua negara juga akan meneroka pilihan ke arah komitmen yang mengikat secara undang-undang melibatkan pengaturan dua hala seperti perundingan dan pemakluman awal sekiranya berlaku gangguan berpotensi.

Ini selaras dengan Deklarasi Bersama Perkongsian Strategik Komprehensif 2.0 yang dipersetujui pada Oktober 2025.

“Kami menyeru rakan dagang lain untuk bersama-sama memastikan rantaian bekalan tenaga global kekal terbuka demi keselamatan dan kemakmuran rakyat kita,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Myanmar perkenal bekerja dari rumah setiap Rabu bagi jimat bahan api
Next: Lebih 400 stesen minyak di Filipina ditutup susulan kenaikan harga bahan api

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.