Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sarawak teliti strategi perkukuh kawalan rabies
  • Selatan
  • WILAYAH

Sarawak teliti strategi perkukuh kawalan rabies

Utusan Sarawak 7 hours ago
KERAJAAN Sarawak giat meneliti strategi baharu bagi memperkukuh kawalan rabies, khususnya melibatkan jangkitan kucing.

KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak sedang meneliti pendekatan berkesan bagi mempertingkat usaha mengawal rabies, khususnya kes jangkitan melibatkan kucing.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, perbincangan telah diadakan dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak bagi merangka pelan tindakan bersepadu.

“Rabies terus menjadi ancaman yang serius di Sarawak dengan kira-kira separuh daripada kes gigitan dan cakaran yang dilaporkan melibatkan kucing, selain anjing terbiar.

“Pada masa ini, cabaran utama dalam kawalan rabies ialah pemvaksinan kepada kucing, yang lebih mencabar kerana haiwan terbabit mudah mencakar dan air liurnya berpotensi membawa virus berbahaya itu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra anjuran pemimpin komuniti dan ketua masyarakat kawasan Parlimen Petra Jaya di sini hari ini.

Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak turut mengingatkan orang ramai supaya tidak memandang ringan ancaman rabies serta sentiasa mengambil langkah pencegahan termasuk memastikan haiwan peliharaan mereka divaksin secara berkala.

“Tindakan segera perlu diambil sekiranya digigit anjing atau dicakar kucing termasuk membersihkan luka dengan air dan mendapatkan rawatan di klinik untuk pemeriksaan serta vaksinasi.

“Vaksin rabies untuk manusia kini boleh diperoleh di klinik, sekali gus membolehkan rawatan diberikan dengan cepat dan berkesan,” katanya. – Bernama

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RTP terus jadi pemangkin pembangunan komuniti luar bandar di Meradong
Next: Kunjungan Aidilfitri erat hubungan pemimpin dan masyarakat di Marudi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.