Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 12 kawasan amaran panas: TPM gesa rakyat berjimat air dan tenaga
  • NASIONAL

12 kawasan amaran panas: TPM gesa rakyat berjimat air dan tenaga

Utusan Sarawak 7 hours ago
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof, ditemui pemberita selepas Program Rahmah Mesra Rakyat di Pusat Konvensyen Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Sarawak di Petra Jaya hari ini. Foto Nadya 

PETRA JAYA: Orang ramai disaran mengamalkan penjimatan penggunaan air dan tenaga susulan risiko kemarau di 12 kawasan utara Semenanjung yang kini berada pada tahap amaran cuaca panas kedua, kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Amar Fadillah Yusof.

Beliau berkata, saranan itu dibuat berikutan peralihan musim monsun timur laut ke barat daya yang menyebabkan peningkatan suhu serta risiko kemarau dan gangguan bekalan air di beberapa kawasan.

“Sekiranya berlaku kekurangan bekalan, kita akan memastikan penghantaran air melalui lori dan tangki dilaksanakan ke kawasan terjejas,” katanya ketika ditemui selepas Program Rahmah Mesra Rakyat di Pusat Konvensyen Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Sarawak di sini, hari ini.

Menurutnya, kerajaan melalui kementerian berkaitan sedang memantau secara rapi keadaan bekalan air, termasuk di kawasan utara Semenanjung yang kini berada pada tahap amaran cuaca panas kedua.

“Pemantauan turut dilakukan terhadap kolam takungan air bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik dan mampu menampung keperluan semasa,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan kepentingan penjimatan penggunaan tenaga bagi memastikan bekalan kekal stabil, khususnya dalam situasi global yang tidak menentu termasuk konflik di Asia Barat.

Katanya, antara langkah yang boleh diamalkan termasuk menetapkan suhu penghawa dingin pada kadar 24 darjah serta menutup peralatan elektrik apabila tidak digunakan.

Mengulas lanjut, beliau berkata bekalan tenaga negara ketika ini masih stabil hasil perancangan alternatif oleh syarikat petroleum negara.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya kerajaan terus menanggung subsidi bahan api termasuk RON95 yang mencecah sekitar RM2 bilion sebulan bagi memastikan kebajikan rakyat terpelihara.

Sehubungan itu, beliau menegaskan kerjasama rakyat amat penting dalam mengamalkan penjimatan air dan tenaga bagi memastikan sumber negara kekal mencukupi dan mampan.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Orang ramai digesa guna tenaga, air secara berhemat
Next: Dunia bakal ‘bankrap air’. Adakah Malaysia bersedia?

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.