Seorang pegawai yang bertugas bagi acara cerapan anak bulan di Menara Mutiara Exchange di Tungku Link dilihat memerhati melalui kanta teleskop. Foto Borneo Bulletin
KUCHING: Brunei Darussalam akan menyambut Hari Raya pada hari Sabtu, 1 Syawal 1447 Hijrah bersamaan 21 Mac 2026 selepas anak bulan (hilal) Syawal 1447H tidak kelihatan di lokasi-lokasi cerapan yang ditetapkan di seluruh negara pada petang ini.
Menurut berita online Borneo Bulletin, pengumuman itu dibuat dengan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dan disiarkan melalui Radio Televisyen Brunei (RTB) pada petang ini.
Solat sunat Aidilfitri akan dilaksanakan di semua masjid dan surau utama di seluruh negara pada pagi Sabtu, dan negara itu juga akan menikmati cuti umum selama tiga hari.