Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sanitasi diperkemas, pasar lebih selamat untuk pengunjung
  • Selatan
  • WILAYAH

Sanitasi diperkemas, pasar lebih selamat untuk pengunjung

Utusan Sarawak 8 hours ago
DATO Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng, mengadakan lawatan ke pasar tamu Sungai Apong bagi meninjau keadaan persekitaran serta tahap kebersihan kawasan berkenaan.

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng, mengadakan lawatan ke Pasar Sungai Apong hari ini bagi meninjau tahap kebersihan, kemudahan serta kesihatan awam di kawasan berkenaan.

Lawatan itu turut disertai Judy Kho, Wong Ming Kong serta pegawai Majlis Bandaraya Kuching Selatan.

Dalam lawatan tersebut, beliau meneliti sistem sanitasi termasuk penyelenggaraan tangki septik yang sedang dilaksanakan bagi memastikan pengurusan sisa lebih berkesan dan mengurangkan risiko kesihatan.

DATO Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng, mengadakan lawatan ke Pasar Tamu Sungai Apong bagi meninjau keadaan persekitaran serta tahap kebersihan kawasan berkenaan.

Beliau turut berinteraksi dengan penjaja sambil menegaskan kepentingan menjaga kebersihan gerai serta menghapuskan takungan air bagi mencegah pembiakan nyamuk.

Menurutnya, langkah pencegahan penyakit bawaan nyamuk perlu diberi perhatian serius, termasuk memastikan sistem saliran berfungsi dengan baik dan penyelenggaraan berkala dilaksanakan bagi mengurangkan tempat pembiakan.

Tambahnya, kerjasama antara MBKS dan peniaga amat penting bagi memastikan pasar kekal bersih, selamat dan selesa untuk orang ramai.

 KERJA sanitasi dijalankan di kawasan Pasar Tamu Sungai Apong bagi memastikan kebersihan persekitaran serta menghapuskan potensi tempat pembiakan nyamuk.

Lawatan itu juga merupakan sebahagian pendekatan proaktif MBKS dalam memantau kemudahan awam serta menangani isu di peringkat akar umbi secara berterusan.

MBKS akan terus melaksanakan pemeriksaan berkala dan kerja penambahbaikan bagi memastikan persekitaran pasar sentiasa kondusif kepada peniaga dan pengunjung.

Oleh Norman B

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Charity 6.0 santuni 63 anak yatim, erat perpaduan masyarakat
Next: Pertandingan Malam Kecerian Aidilfitri Kampung Kaba meriah, serlah kreativiti penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.