Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 15 Julai ditetapkan pendengaran permohonan kebenaran merayu keluarga Altantuya
  • NASIONAL

15 Julai ditetapkan pendengaran permohonan kebenaran merayu keluarga Altantuya

Utusan Sarawak 6 hours ago
MAHKAMAH Persekutuan menetapkan 15 Julai bagi pendengaran permohonan kebenaran merayu keluarga Altantuya. Gambar hiasan.

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menetapkan 15 Julai depan untuk mendengar permohonan difailkan oleh keluarga warga Mongolia, mendiang Altantuya Shaaribuu, bagi mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam saman sivil berhubung kematian model itu pada 2006.

Tarikh pendengaran itu ditetapkan susulan pengurusan kes yang diadakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Wan Norazimin Kassim hari ini.

Peguam Abraham Au yang mewakili penganalisis politik Abdul Razak Baginda mengesahkan tarikh pendengaran tersebut ketika dihubungi Bernama.

Keluarga Altantuya memfailkan permohonan itu pada 19 Februari lepas bagi mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan jumlah ganti rugi diberikan kepada keluarga itu daripada RM5 juta kepada RM1.4 juta dalam saman sivil difailkan terhadap Abdul Razak, dua anggota polis serta kerajaan.

Pada 20 Januari lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan kerajaan dan memutuskan bahawa kerajaan tidak bertanggungjawab secara vikarius (liabiliti ganti rugi) terhadap tindakan bekas anggota polis Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri.

Keluarga Altantuya telah memfailkan saman berjumlah RM100 juta pada 2007, dengan mendakwa bahawa kematiannya menyebabkan mereka mengalami trauma mental dan psikologi.

Pada 2022, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan saman difailkan keluarga Altantuya, dan  mengarahkan Azilah, Sirul Azhar, Abdul Razak serta kerajaan membayar ganti rugi sebanyak RM5 juta secara bersama.

Azilah dan Sirul Azhar disabitkan kesalahan pada 2009 kerana membunuh Altantuya di Shah Alam antara 19 hingga 20 Oktober 2006.

Mahkamah Persekutuan pada 2015 mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap mereka selepas mengetepikan keputusan pembebasan oleh Mahkamah Rayuan sebelum itu.

Pada Oktober 2023, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan semakan Azilah dan menukar hukuman mati kepada penjara 40 tahun.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada 24 Februari, peguam keluarga berkenaan, Sangeet Kaur Deo berkata mereka memohon Mahkamah Persekutuan mempertimbangkan beberapa persoalan undang-undang yang timbul daripada prosiding sivil tersebut, termasuk berkaitan skop liabiliti vikarius kerajaan. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Kerajaan MADANI jamin bekalan asas mencukupi – Mustapha Sakmud
Next: Aliran trafik ke Pantai Timur sesak teruk, Utara dan Selatan mula padat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.