Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rancang perjalanan elak kesesakan menjelang Hari Raya
  • Tengah
  • WILAYAH

Rancang perjalanan elak kesesakan menjelang Hari Raya

Utusan Sarawak 7 hours ago
TINJAUAN…Mendapati pergerakan kenderaan dari Daro menuju ke Sarikei dan Sibu adalah perlahan berikutan masih bergantung kepada perkhidmatan feri di Batang Paloh. Foto IPD Matu Daro

DARO: Orang ramai dinasihatkan agar merancang perjalanan pulang ke kampung halaman bagi mengelakkan kesesakan jalan raya susulan peningkatan jumlah kenderaan sempena sambutan Hari Raya yang bakal tiba.

Ketua Polis Daerah Matu Daro, DSP Rahim Mihos berkata, hasil tinjauan mendapati pergerakan kenderaan dari Daro menuju ke Sarikei dan Sibu adalah perlahan berikutan masih bergantung kepada perkhidmatan feri di Batang Paloh.

Menurutnya, jumlah kenderaan yang menggunakan laluan Serdeng ke Daro meningkat, namun masih terkawal.

UTAMAKAN KESELAMATAN….Perkhidmatan feri di Sungai Batang Paloh menyediakan tiga feri yang beroperasi seawal 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam. Foto IPD Matu Daro

“Perkhidmatan feri di Sungai Batang Paloh menyediakan tiga feri yang beroperasi seawal 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tinjauan pergerakan dari Mukah ke Igan dan Matu pula adalah lancar berikutan Jambatan Batang Igan telah siap dan boleh digunakan sepenuhnya.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan masing-masing, sentiasa memeriksa kenderaan sebelum bergerak serta mengutamakan keselamatan semasa memandu,” ujarnya.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: RM234,000 disalurkan kepada 15 PIBG dan persatuan di Parlimen Sri Aman
Next: Mercun lewat malam ganggu penduduk, polis ambil tindakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.