Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Liverpool benam Galatasaray, mara ke suku akhir Liga Juara-Juara UEFA
  • SUKAN

Liverpool benam Galatasaray, mara ke suku akhir Liga Juara-Juara UEFA

Utusan Sarawak 11 hours ago

Salah (tiga dari kanan) meraikan jaringan keempat Liverpool bersama Ekitike ketika aksi pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara UEFA di Anfield. - Foto AFP

LIVERPOOL: Liverpool bangkit daripada aksi hambar liga domestik apabila membelasah Galatasaray 4-0 di Anfield, sekali gus mara ke suku akhir Liga Juara-Juara UEFA awal pagi ini.

Gol jaringan Dominik Szoboszlai, Hugo Ekitike, Ryan Gravenberch dan Mohamed Salah memastikan skuad kendalian Arne Slot memadam defisit 0-1 pada aksi pertama.

Kemenangan bergaya itu turut mengatur pertemuan sukar menentang juara bertahan, Paris Saint-Germain di peringkat lapan terbaik.

Slot sebelum ini tertekan selepas The Reds diboo penyokong sendiri ketika seri 1-1 dengan Tottenham Hotspur dalam saingan liga, sekali gus menyaksikan mereka terperosok di tangga kelima.

Namun, keputusan merehatkan beberapa tonggak utama nyata berbaloi apabila Liverpool mempamerkan aksi dominan yang hampir menghasilkan jaringan lebih besar.

Harapan pelawat untuk mencipta kejutan mula musnah apabila penyerang utama Victor Osimhen mengalami kecederaan awal sebelum digantikan Leroy Sane.

Szoboszlai membuka tirai jaringan minit ke-25 menerusi penyudah kemas, sebelum Salah menebus kegagalan sepakan penalti dengan bantuan tepat kepada Ekitike.

Gravenberch kemudian menambah derita pelawat hasil sepakan susulan, sebelum Salah melengkapkan malam gemilang Liverpool dengan jaringan ke-50 peribadi dalam pertandingan elit Eropah itu.

Liverpool kini berdepan cabaran lebih getir menentang PSG yang mara bergaya selepas menewaskan Chelsea secara agregat. – AFP

Continue Reading

Previous: ‘Titik perubahan’ Spurs di Anfield

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.