Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Anak syarikat JAKS raih subkontrak bekalan air RM37.87 juta di Sarawak
  • BISNES

Anak syarikat JAKS raih subkontrak bekalan air RM37.87 juta di Sarawak

Utusan Sarawak 19 hours ago
ANAK syarikat JAKS Resources raih subkontrak projek bekalan air bernilai RM37.87 juta di Kapit, Sarawak. Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh JAKS Resources Bhd (JRB) telah memperoleh subkontrak bernilai RM37.87 juta untuk projek bekalan air di Kapit, Sarawak.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, JRB memaklumkan JAKS Sdn Bhd menerima surat lantikan bertarikh 17 Mac 2026 daripada I-Ilham Corporation Sdn Bhd untuk melaksanakan kerja-kerja subkontrak di Kawasan Nanga Merit, Kapit, sebagai sebahagian daripada Program Grid Bekalan Air Sarawak.

Menurut JAKS, tempoh pelaksanaan projek adalah selama 18 bulan, dengan skop kerja melibatkan pembinaan sebuah loji rawatan air serta kerja-kerja pemasangan paip berkaitan.

Syarikat itu memaklumkan subkontrak berkenaan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026 dan 2027.

“Pelaksanaan subkontrak ini tidak akan memberi kesan kepada modal saham dan struktur pegangan saham JAKS Resources,” katanya.

Selain itu, JAKS memaklumkan risiko yang berkaitan dengan projek tersebut adalah risiko operasi biasa dan boleh dikurangkan melalui kawalan pengurusan projek yang sedia ada.

Syarikat turut menegaskan bahawa tiada pengarah, pemegang saham utama atau pihak berkaitan mempunyai sebarang kepentingan langsung atau tidak langsung dalam subkontrak berkenaan.

– Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi, seiring kenaikan Wall Street walaupun harga minyak mentah meningkat
Next: Ringgit meningkat berbanding mata wang utama, rendah berbanding dolar AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.