Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Larangan pemanduan kenderaan barangan serta logistik pada 19, 20, 28 dan 29 Mac
  • NASIONAL

Larangan pemanduan kenderaan barangan serta logistik pada 19, 20, 28 dan 29 Mac

Utusan Sarawak 16 hours ago
LARANGAN pemanduan kenderaan barangan dan logistik dilaksanakan pada 19, 20, 28 dan 29 Mac bagi memastikan kelancaran trafik Aidilfitri.

KUALA LUMPUR: Larangan pemanduan kenderaan barangan dan logistik pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini akan berkuat kuasa pada 19 dan 20 Mac serta 28 dan 29 Mac ini.

Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan larangan itu bagi memastikan kelancaran trafik, mengurangkan risiko kemalangan serta menjadikan perjalanan pulang ke kampung lebih selesa dan selamat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

“Pelaksanaan larangan ini mengambil kira keseimbangan antara kelancaran trafik dengan keperluan operasi kritikal.

“Orang ramai digalakkan merancang perjalanan dengan baik dan mematuhi peraturan demi keselamatan bersama,” menurut MOT menerusi hantaran di Facebook hari ini.

LARANGAN pemanduan kenderaan barangan dan logistik dilaksanakan pada 19, 20, 28 dan 29 Mac bagi memastikan kelancaran trafik Aidilfitri.

Dalam hantaran berasingan, kementerian itu memaklumkan bagaimanapun, beberapa kategori kenderaan berat dibenarkan beroperasi dengan had masa tertentu pada tarikh berkenaan antaranya lori kontena dan kargo, iaitu dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam, manakala kenderaan pembinaan pula bermula pada 6.00 pagi hingga 6.00 petang dalam lingkungan 25 kilometer.

MOT memaklumkan pengecualian turut diberikan kepada perkhidmatan kritikal seperti operasi kecemasan, pengangkutan dari pelabuhan dan lapangan terbang serta bekalan keperluan asas.

“Pendekatan ini mencerminkan komitmen MOT dalam memastikan keselamatan dan kelancaran trafik tanpa menjejaskan operasi penting negara,” menurut kementerian itu. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Harga subsidi BUDI MADANI RON95 kekal RM1.99 seliter – MOF
Next: Aidilfitri bukan ‘Pesta Makan’, bersederhanalah demi kesihatan – Pakar Pemakanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.