Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Rakyat dinasihat waspada cuaca panas, kering sepanjang Aidilfitri 
  • NASIONAL

Rakyat dinasihat waspada cuaca panas, kering sepanjang Aidilfitri 

Utusan Sarawak 17 hours ago
ORANG ramai diingatkan agar kekal hidrasi dan berhati-hati dengan cuaca panas serta kering sepanjang sambutan Aidilfitri. Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang bakal meraikan Aidilfitri dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada berikutan keadaan cuaca dijangka kering dan panas di kebanyakan kawasan di seluruh negara dari 20 hingga 23 Mac ini.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, berdasarkan ramalan khas Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), keadaan itu berlaku berikutan kehadiran udara kering melanda rantau negara dalam tempoh berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata potensi hujan dan ribut petir dalam tempoh singkat masih ada, terutama pada waktu petang atau awal malam di beberapa lokasi.

“Pada Jumaat (20 Mac), hujan dijangka berlaku di Perak dan Bahagian Tawau, Sabah pada waktu pagi, manakala ribut petir diramal melanda Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Johor pada sebelah petang.

“Bagi Sabtu (21 Mac), hujan dijangka berlaku di Perak pada waktu pagi dan beralih ke Lembah Klang serta beberapa bahagian di Sarawak menjelang petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Arthur, pada Ahad (22 Mac),  cuaca dijangka baik di seluruh negara pada waktu pagi dan malam, kecuali sedikit hujan di beberapa bahagian di Sabah dan Sarawak pada sebelah petang.

Sehubungan itu, beliau menyarankan orang ramai yang merancang aktiviti ziarah atau rumah terbuka supaya memberikan keutamaan kepada aspek keselamatan dan kesihatan.

“Memandangkan cuaca dijangka panas di kebanyakan tempat, rakyat dinasihatkan agar sentiasa kekal hidrasi, memakai pakaian yang selesa serta menyerap peluh bagi mengelakkan risiko strok haba,” katanya.

Bagi mereka yang merancang perjalanan pulang ke kampung, beliau mengingatkan supaya memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik selain peka terhadap amaran ribut petir pada sebelah petang bagi mengelakkan risiko banjir kilat atau jalan licin.

Ibu bapa juga disaran memantau aktiviti anak-anak di luar rumah, terutamanya jika berlaku perubahan cuaca secara mendadak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MET Malaysia di www.met.gov.my atau menggunakan aplikasi myCuaca untuk kemas kini dari semasa ke semasa.

– Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: UMNO buka pintu terima semula ahli lama, tokoh politik
Next: Harga subsidi BUDI MADANI RON95 kekal RM1.99 seliter – MOF

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.