Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ‘Lombak Colop’ meriahkan Malam Tujuh Likur Kampung Datuk Hilir Simanggang
  • Selatan
  • WILAYAH

‘Lombak Colop’ meriahkan Malam Tujuh Likur Kampung Datuk Hilir Simanggang

Utusan Sarawak 17 hours ago
PERTANDINGAN Lombak Colop 2026 yang dianjurkan oleh KRT Kampung Datuk Hilir melalui KRT Jiran Muda itu turut mendapat sambutan hangat, malam tadi. Foto: KRT Kampung Datuk Hilir Simanggang

SIMANGGANG: Suasana Malam Tujuh Likur di Kampung Datuk Hilir di sini bertambah meriah dengan penganjuran tradisi unik berlari sambil membawa obor atau dikenali sebagai ‘lombak colop’, malam tadi.

Program yang berlangsung sekitar 9.00 malam di perkarangan pintu gerbang Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Datuk Hilir itu berjaya menghimpunkan penduduk pelbagai peringkat usia dalam suasana penuh semangat dan kebersamaan.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Datuk Hilir, Abang Ajibi Abang Morshidi berkata, penganjuran acara tersebut bertujuan menghidupkan kembali tradisi lama yang sinonim dengan sambutan malam tujuh likur menjelang Aidilfitri.

PERTANDINGAN Lombak Colop 2026 yang dianjurkan oleh KRT Kampung Datuk Hilir melalui KRT Jiran Muda itu turut mendapat sambutan hangat, malam tadi. Foto: KRT Kampung Datuk Hilir Simanggang

Menurut beliau, tradisi lombak colop bukan sahaja menceriakan suasana kampung, malah menjadi medium penting dalam mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat.

“Tradisi lombak colop ini perlu dipelihara dan dikekalkan agar ia tidak terus ditelan arus pemodenan zaman, selain perlu diturunkan serta diwarisi oleh generasi muda masa kini,” katanya.

Beliau menambah, budaya tersebut merupakan antara warisan sejarah masyarakat di sini yang telah lama diamalkan setiap kali menjelang Aidilfitri, khususnya pada malam tujuh likur.

PERTANDINGAN Lombak Colop 2026 yang dianjurkan oleh KRT Kampung Datuk Hilir melalui KRT Jiran Muda itu turut mendapat sambutan hangat, malam tadi. Foto: KRT Kampung Datuk Hilir Simanggang

Katanya lagi, permainan tradisi itu telah bermula sejak awal tahun 1980-an dan menjadi acara tahunan yang dianjurkan oleh kebanyakan kampung Melayu di daerah ini.

“Sehingga kini, lombak colop kekal sebagai simbol identiti budaya masyarakat setempat yang terus dipelihara dari generasi ke generasi,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata penganjuran pertandingan seperti ini juga mampu menarik kehadiran pengunjung luar untuk datang ke kampung dan menyaksikan sendiri keunikan tradisi tersebut.

Tambahnya, keunikan lombak colop yang hanya terdapat di negeri ini berpotensi menjadi tarikan pelancongan budaya yang mampu diperkenalkan dengan lebih meluas.

“Saya percaya permainan lombak colop ini mampu menarik lebih ramai pengunjung luar dan secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan ekonomi penduduk kampung,” ujarnya.

Pertandingan Lombak Colop 2026 yang dianjurkan oleh KRT Kampung Datuk Hilir melalui KRT Jiran Muda itu turut mendapat sambutan hangat dengan penyertaan pelbagai kumpulan.

Bagi Kategori A (4×100 meter) bawah 12 tahun, pasukan Cak Tom muncul johan, diikuti Galaxy Aifa Empire sebagai naib johan dan Orang Kerdil di tempat ketiga. 

Kategori B (4×200 meter) bawah 17 tahun menyaksikan Family Team merangkul johan, manakala Team Siput sebagai naib johan dan Boboboy Kuasa 4 di tempat ketiga.

Dalam Kategori C (4×400 meter) terbuka, pasukan 4 Langgar muncul juara, diikuti Family Team di tempat kedua, Katak Seluzz ketiga, Lizma Cafe keempat dan The Laddies di tempat kelima.

Bagi Kategori D wanita pula, Nissa dinobatkan sebagai johan, diikuti Ika sebagai naib johan, Kamisiah di tempat ketiga dan Rafsiah di tempat keempat.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah wakil Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sri Aman, Penghulu Rusli Ana, Ketua Kaum Abang Ramlan Abang Morshidi, Ketua Kaum Mohammad Yusop, Ketua Kaum Husaini Abu Talip serta Ketua Kaum Suhaimie Salleh.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Hampir dua jam tunggu feri Batang Paloh, trafik meningkat menjelang Hari Raya
Next: Majlis berbuka puasa Kampung Kaba eratkan silaturahim, santuni asnaf

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.