Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Mulu Eco Challenge 2026 kembali gegar Mulu, perkasa pelancongan eko Sarawak
  • HIBURAN

Mulu Eco Challenge 2026 kembali gegar Mulu, perkasa pelancongan eko Sarawak

Utusan Sarawak 7 hours ago
SIDANG MEDIA…Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berucap pada sidang media Mulu Eco Challenge 2026, di sini, hari ini.Foto Norman B

PETRA JAYA: Debaran pengembaraan kembali memuncak apabila Mulu Eco Challenge 2026 tampil dengan skala lebih besar, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Sarawak sebagai destinasi unggul pelancongan eko dan ekstrem di rantau ini, dengan acara dijadual berlangsung pada 29 Mac ini di Mulu Marriott Resort & Spa.

Dianjurkan oleh Grit Event Management, acara tersebut diumumkan secara rasmi hari ini dalam satu sidang media yang disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Mulu, Datuk Gerawat Gala.

“Acara seperti ini bukan sahaja mencabar fizikal dan mental peserta, malah menjadi platform penting dalam menonjolkan Sarawak sebagai destinasi utama pelancongan eko dan pengembaraan menjelang 2030, tanpa mengabaikan pemeliharaan khazanah semula jadi,” katanya.

RAKAM KENANGAN…Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama tetamu kehormat yang lain merakam gambar kenangan pada sidang media Mulu Eco Challenge 2026, di sini, hari ini.Foto Norman B

Acara anjuran Grit Event Management itu dijangka menghimpunkan antara 90 hingga 100 peserta melibatkan sekitar 25 pasukan dari dalam dan luar negara termasuk Brunei, Singapura, Sabah serta Semenanjung Malaysia, sekali gus membuktikan daya tarikan global yang semakin kukuh terhadap Sarawak.

Berlatarbelakangkan keindahan luar biasa Taman Negara Gunung Mulu yang diiktiraf dunia, cabaran ini menggabungkan larian denai mencabar dan aktiviti berakit buluh merentas sungai, menawarkan pengalaman unik yang sukar ditandingi.

Lebih mengujakan, Mulu Eco Challenge kini menjadi sebahagian daripada ekosistem Borneo Raft Safari, yang menghimpunkan siri acara berasaskan sungai seperti Padawan Raft Safari, Selangau Raft Safari dan Mukah rafting, sekali gus memperkukuh jenama Sarawak dalam arena pelancongan pengembaraan.

Dengan jumlah hadiah keseluruhan RM10,000, peserta bukan sahaja berentap di Mulu, malah berpeluang melakar nama dalam siri cabaran lebih besar di seluruh Sarawak.

Penganjuran ini juga selari dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang menekankan pertumbuhan ekonomi mampan, pemeliharaan alam sekitar serta pembangunan produk pelancongan berimpak tinggi.

Dalam masa sama, limpahan ekonomi kepada komuniti setempat dijangka terus meningkat melalui kehadiran pelancong, permintaan penginapan serta peluang menjana pendapatan.

Kejayaan acara ini turut dipacu kerjasama kukuh antara sektor awam dan swasta termasuk Lembaga Pelancongan Sarawak dalam mempromosikan destinasi serta AirBorneo sebagai syarikat penerbangan rasmi.

Sementara itu, Datuk Gerawat Gala menyifatkan acara ini sebagai pemangkin pembangunan setempat yang bukan sahaja mempromosikan gaya hidup sihat, malah mengeratkan hubungan antara komuniti dan pengunjung.

Lebih daripada sekadar perlumbaan, Mulu Eco Challenge 2026 muncul sebagai simbol kesedaran alam sekitar dan pelancongan bertanggungjawab, sekali gus mengangkat keunikan warisan semula jadi Sarawak ke pentas dunia.

Oleh Norman B

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Azhan Rani tidak lagi rasai kemeriahan Aidilfitri sejak kematian bapa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.