Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak umum cuti tambahan sempena Aidilfitri
  • SEMASA

Sarawak umum cuti tambahan sempena Aidilfitri

Utusan Sarawak 7 hours ago

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengumumkan satu hari cuti tambahan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata cuti tambahan itu bergantung kepada tarikh 1 Syawal.

“Sekiranya 1 Syawal jatuh pada Jumaat (20 Mac), maka Isnin (23 Mac) akan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan di seluruh Sarawak.

“Sebaliknya, sekiranya 1 Syawal jatuh pada Sabtu (21 Mac), maka Jumaat, (20 Mac) merupakan hari kelepasan am tambahan di seluruh Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata pengisytiharan itu adalah sebagai tambahan kepada hari-hari kelepasan am yang telah diperuntukkan dalam Jadual Pertama Ordinan Hari Kelepasan Am.- Bernama

Continue Reading

Previous: Prestasi Projek KKR: Satu pertiga lebih awal, 4.1 peratus sahaja projek sakit
Next: TH umum agihan keuntungan 3.50 peratus, tertinggi dalam lapan tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.