Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ramadan medan perkukuh ibadah dan silaturahim
  • Tengah
  • WILAYAH

Ramadan medan perkukuh ibadah dan silaturahim

Utusan Sarawak 7 hours ago
PENGERUSI Jawatankuasa Pengurusan Masjid Nur Permai, Sudarmazi Joli (kiri) menyerahkan cenderamata kepada Pemanca Chan Phan Chan. Foto Pusat Khidmat Repok

SARIKEI: Ramadan merupakan bulan yang amat mulia bagi umat Islam dan memberi peluang kepada masyarakat untuk memperkukuh nilai perpaduan serta keharmonian melalui pelbagai program keagamaan.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata Ramadan bukan sekadar bulan untuk berpuasa, malah menjadi medan untuk mempertingkatkan amal ibadah dan hubungan sesama manusia.

“Ia bukan sahaja bulan untuk kita berpuasa, tetapi juga bulan untuk kita memperbanyakkan amal ibadah, meningkatkan kesabaran serta memperkukuhkan hubungan sesama manusia.

“Majlis berbuka puasa seperti ini amat bermakna kerana ia memberi peluang kepada kita semua untuk merapatkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang telah dibacakan oleh wakilnya, Pemanca Chan Phan Chan sempena majlis berbuka puasa anjuran Jawatankuasa Pengurusan Masjid Nur Permai, baru-baru ini.

Katanya, program seumpama itu mencerminkan semangat perpaduan, hormat-menghormati serta keharmonian yang menjadi kekuatan masyarakat di Sarawak.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang sentiasa memberi perhatian terhadap pembangunan kemudahan masyarakat termasuk rumah ibadat.

Tambahnya, pelbagai inisiatif seperti Program Transformasi Luar Bandar (RTP) telah banyak membantu menaik taraf kemudahan awam termasuk masjid dan surau agar masyarakat dapat menjalankan aktiviti keagamaan dengan lebih selesa.

“RTP telah banyak membantu menaik taraf kemudahan awam, termasuk masjid dan surau, agar masyarakat dapat menjalankan aktiviti keagamaan dengan lebih selesa.

“Untuk makluman semua, Masjid Nur Permai telah mendapat peruntukan RM700,000 dari 2021 hingga 2025.

“Usaha berterusan ini menunjukkan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan institusi keagamaan terus diperkasa serta memainkan peranan penting dalam membina masyarakat yang bersatu padu, berakhlak dan harmoni,” katanya.

Beliau turut mengumumkan sumbangan dana sebanyak RM5,000 bagi menyokong aktiviti tahunan Masjid Nur Permai.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Nur Permai, Sudarmazi Joli.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: SKAS 2026 bukti komitmen kerajaan, bantuan lebih telus hingga ke pendalaman Kapit
Next: Inisiatif RTP perkasa kemudahan pendidikan khas di SK Bandar Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.