Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, berpotensi terus catat kenaikan
  • BISNES

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, berpotensi terus catat kenaikan

Utusan Sarawak 12 hours ago

KUALA LUMPUR: Ringgit diniagakan tinggi berbanding dolar AS pagi ini susulan kedudukan pelabur yang berhati-hati menjelang keputusan dasar oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dan kesediaan untuk mengambil risiko yang lebih baik.

Pada 8.00 pagi, mata wang tempatan mengukuh kepada 3.9085/9315 berbanding dolar AS daripada 3.9155/9200 semasa ditutup pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit berjaya mendepani kejutan semasa dengan baik apabila dolar AS bergelut untuk mengukuh walaupun ketidaktentuan meningkat.

“Oleh itu, ringgit berpotensi untuk terus mengukuh hari ini walaupun ia dijangka kekal diniagakan dalam jajaran kecil,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata Indeks Dolar AS (DXY), yang merosot di bawah paras 100 mata, mencerminkan ketidaktentuan yang semakin meningkat dalam kalangan pelabur semasa mereka menunggu keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) hari ini.

“Penurunan DXY di bawah paras 100 mata menunjukkan bahawa peserta pasaran mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati, dengan tumpuan kini beralih kepada hala tuju dasar Fed malam ini,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata ketegangan yang meningkat di Asia Barat — terutamanya konflik berterusan yang melibatkan Iran — telah mengganggu pasaran tenaga global dan mendorong harga bahan api lebih tinggi di AS, menjejaskan kuasa beli pengguna dan kos perniagaan.

“Perkembangan ini berpotensi memberi implikasi terhadap prospek pertumbuhan ekonomi AS dan dijangka mempengaruhi pendirian Fed.

“Kelewatan dalam rundingan diplomatik antara AS dan China turut menambah ketidaktentuan global, mendorong pelabur untuk kekal defensif dalam kedudukan pelaburan mereka,” katanya.

Sementara itu, mata wang tempatan dibuka kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.4597/4745 daripada 2.4603/4632 pada Selasa dan tinggi berbanding pound kepada 5.2202/2509 daripada 5.2205/2265 semalam, bagaimanapun rendah berbanding euro kepada 4.5096/5362 daripada 4.5063/5115 sebelum ini.

Pada masa yang sama, mata wang tempatan diniagakan tinggi berbanding kebanyakan mata wang ASEAN.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0621/0806 daripada 3.0635/0673 pada Selasa, meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 229.9/231.3 daripada 230.3/230.7, menokok berbanding peso Filipina kepada 6.53/6.58 daripada 6.54/6.56 semalam dan tinggi berbanding baht Thailand kepada 12.0800/1662 daripada 12.0957/1167 sebelum ini.- Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring dengan kenaikan Wall Street
Next: Bursa Malaysia dibuka tinggi, seiring kenaikan Wall Street walaupun harga minyak mentah meningkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.