Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penerbangan terus Kuching–Guangzhou perkukuh hubungan Sarawak–China
  • TEMPATAN

Penerbangan terus Kuching–Guangzhou perkukuh hubungan Sarawak–China

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Henry Harry Jinep berucap mewakili Menteri Pengangkutan pada Majlis Pelancaran Penerbangan Terus Kuching–Guangzhou, di Kuching.

KUCHING: Penerbangan terus berjadual antara Kuching dan Guangzhou menandakan langkah penting dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Sarawak dan China.

Menurut Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin, pelancaran laluan baharu itu bukan sekadar menambah perkhidmatan penerbangan, tetapi turut menghubungkan rakyat dua wilayah, mengeratkan persahabatan dan membuka peluang ekonomi.

“Penerbangan ini melambangkan hubungan yang semakin kukuh antara Sarawak dan China, termasuk dalam aspek pelancongan, perdagangan, pelaburan dan pertukaran budaya.

“China sentiasa menjadi rakan penting bagi Sarawak dan kekal sebagai antara pasaran utama bagi sektor pelancongan dan perniagaan negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Datuk Henry Harry Jinep, pada Majlis Pelancaran Penerbangan Terus Kuching–Guangzhou, di sini, hari ini.

SIMBOLIK Pelancaran Penerbangan Terus Kuching–Guangzhou disempurnakan oleh Datuk Henry Harry Jinep, di Kuching.

Tambahnya, Guangzhou yang merupakan hab ekonomi dan komersial utama di selatan China, akan meningkatkan aksesibiliti serta memperkukuh jaringan antara Sarawak dan wilayah tersebut.

“Kesalinghubungan udara yang lebih baik akan membantu merancakkan pembangunan pelancongan, memperluas perdagangan serta menggalakkan kerjasama pelaburan.

“Sarawak amat mengalu-alukan peningkatan kesalinghubungan dengan bandar antarabangsa, khususnya di pasaran utama seperti China, yang diyakini dapat membuka lebih banyak peluang pelancongan, perdagangan dan pelaburan,” jelasnya.

Mengulas lanjut, kerajaan Sarawak akan terus menyokong dan menggalakkan pembangunan lebih banyak penerbangan antarabangsa terus yang menghubungkan negeri ini dengan destinasi global utama.

Untuk rekod, perkhidmatan penerbangan terus antara Kuching dan Guangzhou yang dikendalikan oleh Batik Air mula beroperasi pada hari ini dengan kekerapan dua kali seminggu.

RAKAMAN gambar kenangan bersama tetamu yang turut hadir pada Pelancaran Penerbangan Terus Kuching–Guangzhou disempurnakan oleh Datuk Henry Harry Jinep, di Kuching.

Laluan tersebut beroperasi setiap Selasa dan Sabtu dari Kuching ke Guangzhou serta setiap Rabu dan Ahad dari Guangzhou ke Kuching.

Penerbangan itu menggunakan pesawat dengan kapasiti 12 tempat duduk Kelas Perniagaan dan 146 tempat duduk Kelas Ekonomi, sekali gus meningkatkan kemudahan perjalanan tanpa transit antara kedua-dua destinasi.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Op Selamat 26: 750 pegawai, anggota polis ditugaskan di Sarawak
Next: Tugu kucing ikon Padungan berseri sambut Ramadan dan Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.