Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Peniaga tidak menang tangan anyam ketupat
  • SEMASA

Peniaga tidak menang tangan anyam ketupat

Utusan Sarawak 8 hours ago
 LEE Fui Jin, 70.

MIRI: Menjelang sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, orang ramai mula membuat persiapan awal termasuk membeli daun ketupat bagi menyediakan juadah tradisi itu.

Tinjauan Utusan Sarawak di Tamu Muhibbah mendapati peniaga  tidak menang tangan menganyam ketupat bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat.

Seorang peniaga, Lee Fui Jin, 70, berkata beliau sudah mula menganyam ketupat sejak awal Ramadan bagi memastikan bekalan mencukupi kepada pelanggan yang datang membeli sebagai persiapan Aidilfitri

“Permintaan biasanya meningkat apabila orang ramai mula membeli pelbagai keperluan raya

“Ketupat yang dianyam dijual pada harga RM2 bagi lima biji,”katanya ketika ditemui Utusan Sarawak.

 MAHA Sahar, 67

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Maha Sahar, 67, berkata jualan ketupat meningkat sejak kebelakangan ini apabila semakin ramai pelanggan datang ke tamu untuk mendapatkan daun ketupat.

“Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, saya pasti akan menganyam ketupat. Ia sudah jadi rutin tahunan,”katanya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Sarawak di beberapa pusat beli belah mendapati orang ramai mula berpusu-pusu keluar membeli-belah sebagai persiapan.

Suasana di premis perniagaan dilihat semakin meriah apabila pengunjung mengambil kesempatan mendapatkan pakaian baharu, biskut,kek serta keperluan hiasan rumah.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Rakyat Malaysia di Asia Barat selamat, Putrajaya terus pantau situasi serantau 
Next: Eksklusif: Lonjakan penumpang awal pagi, terminal bas kembali tenang pada sebelah petang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.