Lelaki ditahan kes curi motosikal di Bintulu

Facebook
WhatsApp
SEORANG lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes kecurian motosikal di kawasan Bintulu Sentral dalam operasi dijalankan, semalam.

BINTULU: Polis menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes kecurian motosikal di kawasan Bintulu Sentral dalam satu operasi yang dijalankan, semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Nixon Joshua Ali berkata, suspek berusia 42 tahun itu ditahan sekitar 4.00 petang di sebuah premis di Jalan Abang Galau hasil maklumat risikan.

Turut dirampas sebuah motosikal dipercayai milik pengadu yang dilaporkan hilang, selain beberapa barangan lain bagi membantu siasatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati suspek merupakan pesalah tegar dengan rekod lampau berkaitan kes kecurian kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek dipercayai sedang melakukan kegiatan mencuri motosikal di sebuah lokasi di Bintulu.

Suspek kini direman bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum tujuh tahun serta boleh dikenakan denda.

Nixon berkata, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam jenayah harta benda dan akan terus mempergiat usaha membanteras kegiatan berkenaan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka terhadap keselamatan harta benda serta menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan di kawasan masing-masing.

Memahami 22 Julai 1963

MINGGU lalu, Sarawak telah meraikan satu peristiwa yang penuh bersejarah, iaitu Hari Sarawak. Sambutan Hari Sarawak menjadi lebih bermakna dengan

MimiFly ke Indonesia demi Bayan

KUALA LUMPUR: Demi menghidupkan watak Bayan dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM), penyanyi MimiFly sanggup ke Indonesia bagi