Bekalan darah A positif di Hospital Bintulu kritikal, penderma diperlukan segera

Facebook
WhatsApp
ORANG ramai digesa tampil menderma darah jenis A positif bagi membantu menampung kekurangan bekalan di Tabung Darah Hospital Bintulu ketika ini.

BINTULU: Hospital Bintulu kini berdepan kekurangan bekalan darah bagi kumpulan A dan memerlukan penderma tampil segera bagi memastikan keperluan pesakit terus dipenuhi.

Menurut kenyataan Jabatan Perubatan Transfusi dan Tabung Darah Hospital Bintulu, bekalan darah jenis A ketika ini berada pada tahap membimbangkan dan memerlukan sokongan segera daripada orang ramai.

“Kami menggesa individu yang mempunyai darah jenis A agar tampil menderma bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi untuk kegunaan pesakit,” katanya.

Orang ramai yang layak dan telah cukup tempoh derma disarankan hadir ke Tabung Darah Hospital Bintulu atau menyertai mana-mana kempen derma darah bergerak di sekitar Bintulu.

Pihak hospital turut menggalakkan orang ramai untuk menyebarkan makluman tersebut kepada keluarga dan rakan-rakan yang berkelayakan.

“Sokongan anda amat kami perlukan bagi membantu menyelamatkan nyawa,” ujar kenyataan itu.

Memahami 22 Julai 1963

MINGGU lalu, Sarawak telah meraikan satu peristiwa yang penuh bersejarah, iaitu Hari Sarawak. Sambutan Hari Sarawak menjadi lebih bermakna dengan

MimiFly ke Indonesia demi Bayan

KUALA LUMPUR: Demi menghidupkan watak Bayan dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM), penyanyi MimiFly sanggup ke Indonesia bagi