
Stapang C, pada Program Pemimpin bersama Rakyat. Foto: Jiku Juguong
MARUDI: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, menghadiri Program Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Tanjong, Stapang B, di sini hari ini.
Kehadiran beliau memberi peluang untuk bersemuka dengan penduduk rumah panjang berkenaan serta mendengar sendiri pandangan, cadangan dan keperluan komuniti setempat.
Menurut Gerawat, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, ketika beliau mula menjadi wakil rakyat di kawasan itu, penduduk Rumah Tanjong telah memohon pembinaan rumah panjang baharu, yang kini telah siap sepenuhnya.

Dalam pada itu, beliau meluluskan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM35,000 bagi kerja pemasangan jubin di ruai rumah panjang tersebut demi keselesaan dan keselamatan penduduk.
Selain itu, sebanyak RM7,000 turut disalurkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Tanjong bagi menyokong pelaksanaan aktiviti tahunan mereka.
Beliau berharap bantuan yang disalurkan dapat memberi manfaat kepada seluruh penduduk serta mengukuhkan semangat kerjasama dan perpaduan dalam komuniti.
Oleh Jiku Juguong