Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • The Great British Circus bakal gegarkan Kuching
  • HIBURAN

The Great British Circus bakal gegarkan Kuching

Utusan Sarawak 19 hours ago
MENTERI Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah), bercakap pada sidang media pelancaran persembahan Great British Circus, di bangunan Baitulmakmur II, hari ini. Foto Adele Rissa 

PETRA JAYA: Persembahan sarkas antarabangsa, The Great British Circus, bakal menghiburkan warga Sarawak apabila pementasan tersebut dijadual berlangsung di Dataran Perayaan Petra Jaya, Kompleks Sukan Sarawak, bermula 20 Mac hingga 26 April ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penganjuran persembahan bertaraf antarabangsa itu dijangka menjadi satu lagi tarikan hiburan dan pelancongan kepada penduduk tempatan serta pelawat yang berkunjung ke negeri ini.

Menurut beliau, acara tersebut bukan sahaja menawarkan hiburan berkualiti kepada masyarakat, malah berpotensi merancakkan lagi industri pelancongan serta ekonomi setempat melalui kehadiran pengunjung dari dalam dan luar Sarawak. 

DARI KIRI, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan, Pengarah The Great British Circus, Kiril Kirilov bersama Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah) pada sidang media pelancaran persembahan Legend of the Sea di bangunan Baitulmakmur II, hari ini. Foto Adele Rissa

“Pentas ini memberi peluang kepada keluarga untuk menyaksikan persembahan sarkas secara langsung, sesuatu yang biasanya hanya dapat dilihat di televisyen atau video. 

“Ia juga memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati pengalaman hiburan yang berbeza sambil menyokong ekonomi tempatan, termasuk penginapan hotel, pengendali makanan dan perkhidmatan pengangkutan,” katanya pada sidang media mengenai persembahan tersebut di Bangunan Baitulmakmur II hari ini. 

Abdul Karim menambah, pementasan itu merupakan siri lawatan pertama The Great British Circus di Sarawak tahun ini, selepas persembahan pada 2034 yang menarik sekitar 40,000 pengunjung di Kuching, Miri dan Sibu, dengan lokasi baru ditambah di Bintulu.

BARISAN pemain The Great British Circus bersedia menggegarkan Sarawak dengan lokasi baharu di Bintulu selain Kuching, Miri dan Sibu. Foto Adele Rissa 

Persembahan kali ini, bertajuk Legend of the Sea, memperkenalkan jalan cerita bertema lanun yang menyelam ke dasar laut untuk mencari harta karun, sambil bertemu makhluk laut mistik dan puteri duyung. 

Sebagai sarkas moden, pertunjukan ini tidak melibatkan haiwan, sebaliknya menekankan penceritaan teatrikal dan persembahan besar secara langsung, termasuk beberapa aksi berinspirasikan air yang dipentaskan di atas pentas khas dalam khemah Big Top berwarna kuning dan biru.

Dalam pada itu, pengarah The Great British Circus, Kiril Kirilov berkata, Legend of the Sea adalah pertunjukan baharu sepenuhnya berbanding lawatan mereka ke Sarawak pada 2024. 

“Kami yakin lawatan tahun ini akan lebih berjaya daripada sebelumnya. Selepas Kuching, kami akan ke Sibu, kemudian Miri dan Bintulu yang merupakan lokasi tambahan,” katanya.

Tiket serta maklumat lanjut mengenai lokasi seterusnya boleh diperoleh di laman web rasmi Great British Circus, http://www.greatbritishcircus.com

Oleh Adele Rissa

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: RWMF 2026 kembali 26-28 Jun depan, tampil Dato M. Nasir, The Commodores dan Incognito
Next: Sarawak kekal anjur festival utama negeri berskala besar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.