Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Polis tumpaskan geng pecah rumah sasar kediaman kosong
  • SEMASA

Polis tumpaskan geng pecah rumah sasar kediaman kosong

Utusan Sarawak 7 hours ago
POLIS Bintulu menahan tiga lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah yang menyasarkan kediaman tidak berpenghuni menerusi operasi Op Pintu di Jalan Bintulu-Tatau.

BINTULU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bintulu berjaya menumpaskan satu kumpulan pecah rumah yang menyasarkan kediaman tidak berpenghuni selepas menahan tiga lelaki tempatan dalam satu operasi khas di Jalan Bintulu-Tatau semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Nixon Joshua Ali berkata, ketiga-tiga suspek berusia antara 25 hingga 42 tahun diberkas sekitar 3.30 petang oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu.

Menurut beliau, tangkapan itu dilakukan hasil maklumat berkaitan kes pecah rumah di kawasan Kidurong Hill yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan berkenaan.

POLIS Bintulu menahan tiga lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah yang menyasarkan kediaman tidak berpenghuni menerusi operasi Op Pintu di Jalan Bintulu-Tatau.

“Hasil soal siasat awal mendapati semua suspek mengaku terlibat dalam kes pecah rumah di kawasan Tanjung Kidurong.

“Kumpulan ini dipercayai menyasarkan rumah jenis lot tepi yang ditinggalkan kosong sebelum mencuri barangan seperti unit penghawa dingin dan kabel elektrik untuk dijual semula,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati kumpulan tersebut menggunakan sebuah kereta jenis Toyota Camry milik bapa kepada salah seorang suspek bagi memudahkan pergerakan mereka menjalankan kegiatan jenayah.

Semakan rekod mendapati dua daripada suspek merupakan pesalah tegar dengan masing-masing mempunyai lapan dan empat rekod lampau melibatkan kes dadah, curi kenderaan serta keganasan rumah tangga di sekitar daerah ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat bagi kesalahan kedua dan seterusnya,” katanya.

Kesemua suspek telah dibawa ke Mahkamah Bintulu bagi permohonan reman untuk membantu siasatan lanjut.

Nixon berkata, pihak polis akan terus mempergiat usaha membanteras jenayah harta benda dan menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memastikan keselamatan kediaman serta menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Michelle Chai buat laporan polis berhubung gangguan dan dakwaan hutang palsu
Next: Anugerah Kelestarian Bintulu 2026 buka penyertaan enam kategori

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.