Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Juadah tradisi hidupkan suasana Bazar Ramadan Pasar Dayak Kem Penrissen
  • TEMPATAN

Juadah tradisi hidupkan suasana Bazar Ramadan Pasar Dayak Kem Penrissen

Utusan Sarawak 8 hours ago
ANTARA hidangan yang menjadi tumpuan di gerai Imelda Jane adalah ialah ayam goreng serta pelbagai lauk pauk kampung seperti pucuk ubi tumis, umai obor-obor, umai ikan, umai kaki ayam, sambal petai ikan bilis dan kerabu sambal mangga belacan. Foto Norman B

KUCHING: Bazar Ramadan Pasar Dayak Kem Penrissen kembali meriah tahun ini apabila kehadiran pengunjung yang berpusu-pusu datang mendapatkan juadah berbuka puasa melebihi jangkaan para peniaga.

Penjaja bazar, Imelda Jane Paukin, berkata peningkatan jumlah pengunjung setiap tahun menjadikan bazar tersebut semakin hidup dan menjadi tumpuan masyarakat setempat.

“Alhamdulillah, sambutan tahun ini sangat luar biasa. Setiap tahun pengunjung semakin bertambah dan suasana bazar ini semakin meriah,” katanya ketika ditemui di sini.

UMAI obor-obor. Foto Norman B

Antara hidangan yang menjadi pilihan ramai ialah ayam goreng serta pelbagai menu kampung seperti pucuk ubi tumis, umai obor-obor, umai ikan, umai kaki ayam, sambal petai ikan bilis dan sambal mangga belacan yang membangkitkan cita rasa tradisional.

Menurutnya, persiapan jualan biasanya bermula seawal 2.00 petang hingga sekitar 7.00 malam bagi memastikan hidangan yang disediakan sentiasa segar untuk pelanggan.

UMAI kaki ayam. Foto Norman B

Walaupun berdepan cabaran cuaca tidak menentu serta kenaikan harga bahan mentah, beliau bersyukur perniagaannya tetap menerima sambutan yang menggalakkan.

“Alhamdulillah, walaupun harga bahan meningkat, masih dapat memperoleh keuntungan,” ujarnya.

KERABU mangga belacan. Foto Norman B

Beliau berkata keunikan menu kampung yang dijual menjadi antara faktor utama gerainya terus dikunjungi pelanggan yang ingin menikmati hidangan tradisional.

SAMBAL petai sotong. Foto Norman B

Dalam pada itu, beliau berharap Ramadan tahun ini membawa keberkatan kepada semua serta menjadi peluang untuk meningkatkan ibadah dan mengeratkan lagi hubungan sesama masyarakat.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Jambatan Batang Igan dibuka, tamatkan 30 tahun perkhidmatan feri
Next: Tun Wan Junaidi terima kunjungan perpisahan Naib Canselor UTS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.