Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Harga minyak dunia naik lagi, minyak mentah Brent cecah AS$106 setong
  • BISNES

Harga minyak dunia naik lagi, minyak mentah Brent cecah AS$106 setong

Utusan Sarawak 8 hours ago
GAMBAR hiasan.

ISTANBUL: Harga minyak dunia melonjak lagi dengan minyak mentah Brent mencecah AS$106 setong awal hari ini sebelum menurun sedikit pada AS$104 susulan ketegangan di Asia Barat, Anadolu Ajansi melaporkan.

Kenaikan harga dalam penanda aras minyak mentah global itu berlaku selepas niaga hadapan minyak itu menyambung semula dagangan sekitar 2200 GMT, semalam.

Ia juga selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Jumaat bahawa serangan AS menyasarkan Pulau Kharg, terminal eksport minyak utama Iran di Teluk Parsi, tanpa menjejaskan infrastruktur minyak.

Trump bagaimanapun berkata walaupun telah memilih untuk tidak memusnahkan kemudahan itu, beliau akan segera mempertimbangkan semula keputusannya jika Iran atau sesiapa sahaja mengganggu laluan yang bebas dan selamat bagi kapal-kapal melalui Selat Hormuz.

Konflik di Asia Barat semakin meruncing sejak Israel dan AS melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Februari, membunuh kira-kira 1,300 orang setakat ini, termasuk Pemimpin Tertinggi Iran ketika itu Ayatollah Ali Khamenei.

Iran bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS.

-Bernama  

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki penurunan Wall Street

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.