Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Anwar harap cuti tambahan, SHMMP bantu persiapan rakyat menjelang Aidilfitri
  • SEMASA

Anwar harap cuti tambahan, SHMMP bantu persiapan rakyat menjelang Aidilfitri

Utusan Sarawak 15 hours ago
PENGUMUMAN cuti tambahan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim diharap memudahkan rakyat pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap beberapa pengumuman khusus untuk rakyat dapat memberikan kemudahan menjelang Aidilfitri.

Menerusi platform X hari ini, Anwar berkata pengumuman cuti tambahan dan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Aidilfitri diharapkan dapat membantu meringankan kos sara hidup rakyat, memastikan harga barangan kekal berpatutan, selain memudahkan perjalanan pulang ke kampung halaman.

“Semoga Syawal yang bakal tiba membawa lebih kebahagiaan, keberkatan dan kesejahteraan buat seluruh rakyat Malaysia,” kata beliau.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan satu hari cuti tambahan bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini bagi menghargai usaha dan dedikasi rakyat yang bekerja keras sepanjang Ramadan.

Penetapan tarikh cuti tambahan itu bagaimanapun tertakluk kepada tarikh pengisytiharan 1 Syawal, iaitu sekiranya Aidilfitri disambut pada Jumaat atau 20 Mac, Isnin (23 Mac) ditetapkan sebagai cuti tambahan, sebaliknya jika Aidilfitri disambut pada Sabtu (21 Mac), cuti tambahan adalah pada Jumaat (20 Mac) .

Bagi SHMMP Aidilfitri 2026 pula, ia dilaksanakan dari 14 hingga 28 Mac bagi mengawal harga barangan keperluan semasa musim perayaan melibatkan 27 jenis barangan berbanding 26 pada tahun lepas. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Cuti tambahan Aidilfitri: KESUMA galakkan majikan beri kelonggaran kepada pekerja
Next: Bengkel ‘Kain Styling’ hidupkan semula gaya kain batik lepas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.