Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pegawai daerah boleh mohon tambahan kouta JKKK
  • Tengah
  • WILAYAH

Pegawai daerah boleh mohon tambahan kouta JKKK

Utusan Sarawak 9 hours ago
UPACARA MIRING….John Sikie bersama Anyi dan Ugak melakukan upacara miring pada program pemimpin bersama rakyat di Rumah Ado Kanyan, Nanga Tada, hari ini.

KANOWIT: Pegawai daerah boleh memohon kuota tambahan bagi pelantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) daripada pihak berkuasa lebih tinggi termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri bagi membantu menyelesaikan isu pelantikan Tuai Rumah yang tidak memiliki sijil akademik.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai berkata, langkah itu dapat membantu menangani cabaran pentadbiran selain memastikan kepimpinan yang lebih tersusun dalam komuniti rumah panjang.

Menurutnya, bermula 1 Januari, pelantikan Tuai Rumah baharu memerlukan sekurang-kurangnya kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun kakitangan kerajaan yang mempunyai pengalaman masih boleh dipertimbangkan.

“Pelantikan Tuai Rumah sedia ada tidak akan ditamatkan dan pemilihan ketua komuniti akhirnya terletak di tangan penduduk rumah panjang sendiri.

“Jawatan tertinggi dalam JKKK juga tidak seharusnya dipegang oleh ahli keluarga yang sama bagi mengelakkan kemungkinan salah urus dana,” katanya ketika berucap pada program pemimpin bersama rakyat di Rumah Ado Kanyan, Nanga Tada, hari ini.

Mengulas isu tanah, John Sikie berkata, surat ukur amat penting bagi memastikan tanah rumah panjang diukur dengan betul sekali gus menjamin hak milik kekal bersama komuniti.

Beliau turut berjanji akan memperjuangkan pemberian elaun kepada Tuai Rumah sebagai pengiktirafan terhadap peranan mereka dalam memimpin komuniti.

Dalam pada itu, John Sikie menekankan kepentingan kursus latihan kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK), khususnya bagi mereka yang baharu dilantik.

“Pembiayaan bagi program sedemikian boleh diperoleh melalui peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) di kawasan berkenaan,” ujarnya.

Mengulas mengenai politik, beliau berkata, ia perlu diamalkan secara positif tanpa dipengaruhi emosi kerana wakil rakyat sering berdepan cabaran apabila wujud sikap berat sebelah.

Beliau menegaskan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat dengan memanfaatkan hasil negeri melalui projek seperti Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dan Projek Kecil Luar Bandar (MRP).

“Bagi pembangunan di kawasan pedalaman, agensi seperti Agensi Pembangunan Wilayah Tengah Rajang (MIRRDA) telah ditubuhkan bagi menyokong pertumbuhan komuniti,” ujarnya lagi.

Turut hadir, Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Anyi Jana.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Menu tradisional Bukit Saban bakal dipromosi melalui laman sesawang
Next: 211 keluarga Bukit Saban terima Skim Tanaman Sawit Baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.