Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PM Anwar kembali ke ibu negara, selesai lawatan kerja di Kuching
  • SEMASA

PM Anwar kembali ke ibu negara, selesai lawatan kerja di Kuching

Utusan Sarawak 6 hours ago
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke ibu negara selepas selesai lawatan kerja sehari di Kuching, malam ini. Foto UKAS

KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke ibu negara selepas selesai lawatan kerja sehari di sini, malam ini.

Turut mengiringi beliau ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni dan Setiausaha Persekutuan Sarawak Dato Ahmad Nadzri Mohd Hassan.

PM Anwar menaiki pesawat khas berlepas dari LTAK tepat 8.20 malam setelah mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Negeri bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg petang tadi.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke ibu negara selepas selesai lawatan kerja sehari di Kuching, malam ini. Foto UKAS

Dalam lawatan singkat itu, beliau turut berkesempatan berbuka puasa di Bumi Kenyalang bersama barisan pemimpin negeri serta masyarakat setempat di Masjid Jamek Negeri Sarawak dalam suasana penuh muhibah sempena Ramadan.

Sebelumnya, beliau berkesempatan menyantuni orang ramai di Bazar Ramadan Sukma Ria di sini.

Kehadiran beliau di bazar tersebut mencuri tumpuan para pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar serta berinteraksi secara dekat dengan pemimpin nombor satu negara itu.

Lawatan kerja berkenaan mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan dalam memperkukuh hubungan kerjasama dengan kerajaan Sarawak demi memastikan agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat terus diperkasa.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: PM Anwar mohon kerjasama Sarawak tangani penyeludupan diesel
Next: Gempa bumi bermagnitud 6.5 gegar pesisir pantai Tengah Chile

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.