Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Mesyuarat Pembangunan Negeri bincang agenda pembangunan, keperluan Sarawak
  • SEMASA

Mesyuarat Pembangunan Negeri bincang agenda pembangunan, keperluan Sarawak

Utusan Sarawak 6 hours ago
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Negeri di Kompleks Satria Pertiwi, Kuching hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Agenda pembangunan Sarawak serta keperluan semasa negeri ini menjadi fokus utama dalam Mesyuarat Pembangunan Negeri yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, hari ini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi membincangkan pelaksanaan pembangunan serta perkara berkaitan keperluan negeri ini.

Pertemuan selama kira-kira satu jam itu merupakan sebahagian daripada pendekatan berterusan Perdana Menteri yang turun ke negeri-negeri bagi mengadakan perbincangan secara langsung dengan kepimpinan kerajaan negeri berhubung pelaksanaan pembangunan serta keperluan lain yang melibatkan negeri berkenaan.

Turut hadir semasa mesyuarat tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Selain itu, hadir sama Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Ts. Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud.

Seterusnya, hadir sama ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Perjanjian Malaysia (MA63) dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Liwan Lagang dan tetamu kehormat lain.

Terdahulu, Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) menggunakan pesawat khas sekitar 1.40 petang sebelum tiba di Kompleks Satria Pertiwi pada 2.14 petang bersama rombongan dan disambut oleh Premier Sarawak.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kerajaan berusaha panjangkan jaminan bekalan minyak negara
Next: Bekas Hakim Besar Malaya Siti Norma Yaakob meninggal dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.