Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PM Anwar tiba di Kuching bagi lawatan kerja rasmi
  • SEMASA

PM Anwar tiba di Kuching bagi lawatan kerja rasmi

Utusan Sarawak 8 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sempena lawatan kerja rasmi sehari di Kuching, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sempena rangka lawatan kerja rasmi sehari di sini, hari ini.


Ketibaan beliau yang menggunakan pesawat khas kira-kira 1.40 petang disambut oleh Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian.

Turut menyambut ketibaan beliau ialah Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Henry Harry Jinep, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni serta Ketua-ketua Jabatan.

KETIBAAN Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pesawat khas kira-kira 1.40 petang disambut oleh Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian.

Sebaik tiba, Perdana Menteri bersama rombongan terus menuju ke Kompleks Satria Pertiwi bagi mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Negeri bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta anggota Kabinet Sarawak yang lain.

Pada sebelah petang pula, Perdana Menteri dan Premier Sarawak akan meluangkan masa melawat Bazar Ramadan Sukma Ria pada 5.25 petang sebelum menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak sekali gus menutup lawatan kerja beliau.

Perdana Menteri bersama rombongan dijadual berlepas pulang ke ibu negara 8.00 malam ini.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Batik Air sesuaikan caj bahan api untuk laluan terpilih susulan kenaikan harga minyak jet
Next: JPA jalankan kajian pelaksanaan kenaikan ke Gred 5

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.