Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Bekas pembantu tadbir universiti didakwa pecah amanah RM204,603
  • MAHKAMAH

Bekas pembantu tadbir universiti didakwa pecah amanah RM204,603

Utusan Sarawak 8 hours ago
TERTUDUH Nur Hasanah Abdul Rahim dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan pecah amanah membabitkan wang tunai pelanggan berjumlah RM204,603.10. Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Bekas pembantu tadbir kewangan sebuah universiti mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan wang tunai pelanggan berjumlah RM204,603.10, enam tahun lepas. 

Nur Hasanah Abdul Rahim, 35, didakwa sebagai orang yang diamanahkan dengan wang bayaran pelanggan di fakulti pergigian universiti berkenaan telah melakukan pecah amanah dengan mengambil wang tersebut untuk kegunaan sendiri.

Ibu kepada dua anak itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di kaunter tunai fakulti di sini, antara 2 Oktober 2017 hingga 20 Februari 2020.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun serta sebatan, dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham memohon jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin, namun wanita yang tidak diwakili peguam itu merayu jaminan rendah kerana kini bekerja sebagai pengasuh dengan pendapatan RM1,800 sebulan serta mempunyai dua anak yang masih bersekolah.

“Saya mohon jaminan RM10,000 kerana saya perlu membayar sewa rumah dan anak sulung saya berumur sembilan tahun adalah autisme, bapa saya juga tidak sihat, manakala suami bekerja sebagai juruteknik,” katanya. 

Hakim Azrul Darus kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 April ini untuk sebutan semula kes. – Bernama

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Albert Tei mohon pindah lima pertuduhan rasuah ke Mahkamah Tinggi
Next: Pengurus syarikat kontraktor dipenjara empat tahun sebabkan kematian pengumpul besi buruk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.