Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penduduk bantah usaha hentikan projek tebatan banjir Batu Kawa
  • TEMPATAN

Penduduk bantah usaha hentikan projek tebatan banjir Batu Kawa

Utusan Sarawak 8 hours ago
PENDUDUK kampung meninjau kawasan projek sambil menyatakan sokongan terhadap projek tebatan banjir di Taman Desa Wira, Batu Kawa. Turut kelihatan Roslan Jamali (Ketua Kampung Stapok), Wain Sulaiman (Ketua Kampung Sinar Budi Baru), Mohamad Iskandar Azahaman (Setiausaha Kampung Sinar Budi Baru) dan Carlson Dunggau (Setiausaha Kampung Taman Desa Ria).

KUCHING: Penduduk di Batu Kawa menyuarakan bantahan terhadap usaha pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menghentikan projek tebatan banjir yang sedang dilaksanakan di Taman Desa Wira, susulan kejadian banjir kilat baru-baru ini yang memaksa pemindahan penduduk di kawasan tersebut.

Hujan lebat baru-baru ini menyebabkan banjir yang menjejaskan 91 keluarga melibatkan 341 penduduk, kebanyakannya dari Kampung Sinar Budi Baru dan Kampung Desa Ria di sepanjang Jalan Desa Wira.

Daripada jumlah itu, seramai 225 orang merupakan penduduk Desa Wira merupakan kawasan di mana fasa kedua projek tebatan banjir Batu Kawa sedang dilaksanakan.

Projek yang direka untuk melindungi kira-kira 4,000 penduduk itu melibatkan pembinaan empat kolam takungan kering yang meliputi kawasan kira-kira 14 ekar.

Fasa kedua projek tersebut merangkumi pembinaan kolam takungan kering kedua, benteng perlindungan sepanjang satu kilometer lengkap dengan laluan pejalan kaki, stesen pam serta penambahbaikan sistem perparitan tempatan.

Penduduk mula menyuarakan kebimbangan selepas Persatuan Kebajikan Penduduk Desa Wira Batu Kawa dilaporkan mengemukakan memorandum kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 5 Mac lalu bagi memohon campur tangan untuk menggantung projek berkenaan.

PENDUDUK kampung meninjau kawasan projek sambil menyatakan sokongan terhadap projek tebatan banjir di Taman Desa Wira, Batu Kawa. Turut kelihatan Roslan Jamali (Ketua Kampung Stapok), Wain Sulaiman (Ketua Kampung Sinar Budi Baru), Mohamad Iskandar Azahaman (Setiausaha Kampung Sinar Budi Baru) dan Carlson Dunggau (Setiausaha Kampung Taman Desa Ria).

Pemimpin masyarakat tempatan berkata projek itu amat diperlukan kerana banjir kilat kerap merosakkan rumah penduduk dan memaksa mereka berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Tuai Rumah Robert James dari Taman Desa Ria berkata penduduk telah berulang kali mengalami kerugian setiap kali hujan lebat menyebabkan banjir, dan menggesa agar projek tersebut diteruskan bagi melindungi komuniti setempat.

Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sinar Budi Baru, Mohamad Iskandar Azahaman berkata kampung tersebut baru-baru ini mengalami antara banjir kilat paling buruk pada 10 Mac lalu yang memaksa penduduk berpindah ke PPS.

Beliau menggesa pihak berkuasa mempercepatkan pelaksanaan projek tersebut bagi mengelakkan kejadian banjir pada masa hadapan, sambil menegaskan kerja-kerja tebatan banjir itu penting bagi melindungi keselamatan serta harta benda penduduk.

Seorang lagi pemimpin masyarakat, Roslan Jamali, turut menggesa semua pihak agar tidak menghalang projek tebatan banjir tersebut kerana ia merupakan penyelesaian jangka panjang bagi menangani masalah banjir berulang serta meningkatkan kesejahteraan penduduk di Batu Kawa.

Penduduk juga memaklumkan bahawa tiada kejadian banjir dilaporkan di Jalan Field Force, Batu Kawa sejak projek tebatan banjir di kawasan itu siap pada 2024, yang menurut mereka membuktikan keberkesanan langkah sedemikian.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Penduduk sokong projek tebatan banjir Taman Desa Wira diteruskan
Next: PETRA komited perkukuh mitigasi banjir di Sarawak, 15 projek tebatan bernilai RM3.39 bilion

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.