Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • 183 penggiat industri filem terima RM144,900 melalui ziarah MADANI@Finas
  • HIBURAN

183 penggiat industri filem terima RM144,900 melalui ziarah MADANI@Finas

Utusan Sarawak 12 hours ago
TIMBALAN Menteri Komunikasi Teo Nie Ching bergambar bersama pelakon Amyza Aznan dan anaknya Adrian Adam kepada Ziarah Seni MADANI FINAS di Kota Media, Angkasapuri Selasa lepas. Pada pertemuan itu, Amyza sebak kerana masih bersedih selepas kehilangan anak sulungnya Andre Mikhail akibat kanser paru-paru pada 23 Februari lalu, manakala anak keduanya Adrian Adam menghidap kanser tulang. Foto BERNAMA

SERAMAI 183 penggiat industri perfileman telah menerima manfaat berjumlah RM144,900 menerusi  program Ziarah MADANI@Finas yang dilaksanakan sejak 2023.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata inisiatif kebajikan yang diterajui oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) itu bertujuan membantu pelakon dan seniman industri kreatif yang memerlukan sokongan, khususnya dari segi kebajikan dan kesejahteraan hidup.

Beliau berkata pada tahun pertama pelaksanaannya, lapan penerima menerima sumbangan berjumlah RM10,900, sebelum meningkat kepada 49 penerima dengan RM47,000 pada 2024, manakala pada tahun lepas, seramai 123 penerima menerima bantuan berjumlah RM82,000.

“Setakat 10 Mac tahun ini, tiga penerima telah menerima sumbangan sebanyak RM5,000. Sasaran FINAS pada 2026 adalah untuk menyampaikan sumbangan ini kepada sekurang-kurangnya 100 orang pelakon ataupun seniman.

“Bagi mereka yang memerlukan sebarang bantuan, bolehlah menghubungi FINAS. Kami di Kementerian Komunikasi dan FINAS akan melakukan yang terbaik untuk membantu penggiat industri kreatif ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Ziarah Seni MADANI@FINAS di Kota Media, Angkasapuri di sini, hari ini. 

TIMBALAN Menteri Komunikasi Teo Nie Ching ertemu pelakon Amyza Aznan dan dan anaknya Adrian Adam pada program Ziarah Seni MADANI FINAS di Kota Media, Angkasapuri Selasa lepas. Pada pertemuan itu, Amyza sebak kerana masih bersedih selepas kehilangan anak sulungnya Andre Mikhail akibat kanser paru-paru pada 23 Februari lalu, manakala anak keduanya Adrian Adam menghidap kanser tulang. Teo turut menyampaikam sumbangan peribadi kepada Amyza. Foto BERNAMA

Terdahulu, Teo turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada pelakon Amyza Aznan yang kehilangan anak sulungnya, Andre Mikhail, 20, akibat kanser paru-paru tahap tiga pada 23 Februari lalu, selepas setahun bertarung dengan penyakit itu.

Amyza, 50, turut berdepan ujian berikutnya apabila anak keduanya, Adrian Adam, 18, disahkan menghidap kanser tulang.

Teo berharap pertemuan dan sumbangannya dapat memberikan kekuatan serta semangat kepada Amyza, yang pernah membintangi filem seperti  Reversi, Mat Bond Malaya dan drama komedi Midah Kuih Bangkit. 

“Beliau kini melalui satu tempoh yang amat menguji, sebagai seorang ibu, saya memahaminya. Kita berharap masa depan mereka, terutamanya dari segi kesihatan dan emosi dijaga dengan baik,” katanya. 

Sementara itu, Amyza yang kelihatan sebak menzahirkan penghargaan kepada Teo, FINAS dan semua pihak yang memberikan sokongan moral kepadanya dan anaknya.

“Walaupun sudah dua minggu, saya masih memerlukan sokongan emosi. Terima kasih kerana mengambil berat tentang saya dan anak saya. Hanya Allah saja yang mampu membalas segala-galanya,” katanya sambil menahan sebak. 

Amyza turut memaklumkan pertemuan itu pada asalnya dirancang di kediamannya, namun terpaksa diadakan di lokasi lain kerana dirinya masih belum bersedia. – Bernama

Continue Reading

Previous: Magis lagu raya era 1970-an sukar ditandingi – DJ Dave
Next: RWMF 2026 kembali 26-28 Jun depan, tampil Dato M. Nasir, The Commodores dan Incognito

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.