PM Anwar kunjungi Kuching dalam lawatan rasmi esok

Facebook
WhatsApp
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Bernama

KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan rasmi ke Kuching esok bagi menghadiri beberapa program, termasuk Mesyuarat Pembangunan Negeri, sesi tinjauan di Bazar Ramadan serta Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Sarawak.

Menurut laporan Berita RTM Sarawak, Beliau dijangka tiba di Terminal Orang Kenamaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 1.40 petang dan akan disambut oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Selepas ketibaan, Perdana Menteri dijadual menghadiri Mesyuarat Pembangunan Negeri bersama Premier Sarawak di Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks Satria Pertiwi pada 2.10 petang.

Pada sebelah petang, beliau turut dijadual mengadakan sesi tinjauan di Bazar Ramadan Sukma Ria di Petra Jaya pada pukul 5.25 petang bagi meninjau suasana bazar serta beramah mesra dengan para peniaga dan pengunjung.

Seterusnya, Perdana Menteri akan menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Peringkat Sarawak yang diadakan di Masjid Jamek Negeri Sarawak bermula 6.00 petang.

Lawatan rasmi tersebut dijangka berakhir dengan keberangkatan pulang Perdana Menteri dari Terminal Orang Kenamaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 8.10 malam.

Ketika berlepas, beliau akan diiringi oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Samarahan catat IPU tertinggi pagi ini

KUCHING: Samarahan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sarawak dengan 218, sekali gus berada pada tahap sangat tidak

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi positif beberapa pasaran serantau. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia