
PETRA JAYA: Dayang Norjihan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyantuni pelatih Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Pusat Kebajikan Petra Jaya (PKPJ) sempena program gotong-royong memasak bubur lambuk yang diadakan di pusat berkenaan.
Beliau turut serta dalam aktiviti tersebut dan beramah mesra bersama pelatih dan warga pusat tersebut sebelum mengagihkan juadah berkenaan kepada mereka.

Pada lawatan tersebut, Dayang Norjihan turut menyampaikan sumbangan peribadi sempena Aidilfitri yang bakal tiba kepada para pelatih.
Turut hadir Presiden Persatuan Wanita Asia Tenggara dan Pan Pasifik Sarawak, Dato Dr. Munirah Mohd Hassan.