Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Shahida kongsi pengalaman besarkan anak disleksia, ADHD, tekankan kepentingan terapi
  • HIBURAN

Shahida kongsi pengalaman besarkan anak disleksia, ADHD, tekankan kepentingan terapi

Utusan Sarawak 7 hours ago
USAHAWAN dan pempengaruh media sosial Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman bersama isteri, Datin Seri Shahida Mohd Rashid dan anak, Qadejah El Zahra ditemui media selepas majlis tayangan perdana Brandfilm Raya D’Herbs, ‘Ya, Abah Saya Security’, di Kuala Lumpur semalam. Foto BERNAMA

PENGALAMAN membesarkan dua anak yang menghidap disleksia membuka mata selebriti dan usahawan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid tentang kepentingan terapi serta kaedah pembelajaran yang sesuai bagi membantu mereka mengatasi masalah itu.

Beliau berkata dua anaknya, Qadejah El Zahra dan Ibraheem Adam, yang sebelum ini didiagnosis dengan disleksia kini menunjukkan perkembangan positif selepas menjalani terapi dan mengikuti kaedah pembelajaran yang sesuai.

USAHAWAN dan pempengaruh media sosial Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman (dua, kanan) dan isteri, Datin Seri Shahida Mohd Rashid (kanan) bersama barisan pelakon selepas majlis tayangan perdana Brandfilm Raya D’Herbs, ‘Ya, Abah Saya Security’, semalam. Foto BERNAMA

“Walaupun saya pernah ‘down’ masa Qadejah kena dulu, bila saya tengok ada maklum balas positif, saya lebih bersedia selepas itu. Sebenarnya mereka ini bukannya orang kurang upaya, cuma cara belajar mereka tak sama macam orang lain.

“Kalau kita hantar terapi dan sekolah yang betul, mereka akan jadi okey. Contohnya, Qadejah dulu darjah satu pun tak boleh membaca, tetapi sekarang dalam pelajaran dia sangat bagus,” katanya kepada pemberita selepas majlis tayangan perdana Brandfilm Raya D’Herbs, ‘Ya, Abah Saya Security’, di sini, malam tadi.

USHAWAN dan pempengaruh media sosial Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman bersama isteri, Datin Seri Shahida Mohd Rashid ditemui media selepas majlis tayangan perdana Brandfilm Raya D’Herbs, ‘Ya, Abah Saya Security’, semalam. Foto BERNAMA

Kini, anak keempatnya, Yusof Al Qardawi turut didiagnosis menghidap disleksia serta gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD) dan telah menjalani terapi sejak awal tahun lepas.

Isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman itu berkata pada awalnya beliau tidak menjangkakan anak lelakinya akan berdepan masalah yang sama, namun mula menyedari kelainan pada tingkah laku Yusof sejak kecil.

Yusof  katanya sangat hiperaktif, dan pada usia lima tahun pernah bertindak keluar melalui tingkap rumah serta duduk di atas bumbung paling tinggi kerana mahu menjadi  “superhero”.

Menurut Nur Shahida, anaknya itu juga gemar melakukan aktiviti lasak dan tidak menunjukkan rasa takut terhadap persekitaran.

SELEBRITI dan usahawan, Datin Seri Shahida Mohd Rashid ditemui media selepas majlis tayangan perdana Brandfilm Raya D’Herbs, ‘Ya, Abah Saya Security’, semalam. Foto BERNAMA

“Balik sekolah pula dia terus terjun dalam kolam, bukan sahaja kolam renang malah kolam ikan pun dia terjun. Dia memang tak ada rasa takut, semua dia rasa seronok,” katanya.

Melihat pada minat anaknya itu, Nur Shahida berkata kini beliau memberi tumpuan untuk menggilap bakat anaknya itu dengan lebih teratur.

“Saya tak pernah hantar Yusof ke kelas renang, tapi dia sangat pandai berenang. Jadi saya ambil jurulatih untuk latih dia dengan lebih teratur kerana mungkin dia boleh pergi lebih jauh dalam sukan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Nur Shahida menasihatkan ibu bapa supaya tidak menafikan kemungkinan anak mereka mengalami disleksia atau ADHD serta mendapatkan bantuan seawal mungkin sekiranya terdapat tanda-tanda berkenaan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Dari ‘Winter Sonata’ ke Sarawak, filem Korea bakal angkat Bumi Kenyalang ke pentas dunia
Next: Pereka Australia Katie Perry menang pertikaian tanda dagangan dengan penyanyi Katy Perry

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.