Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Eksklusif: Warga emas harap proses penerimaan bantuan SKAS dipermudah
  • TEMPATAN

Eksklusif: Warga emas harap proses penerimaan bantuan SKAS dipermudah

Utusan Sarawak 6 hours ago
BANTUAN SKAS dikreditkan secara berfasa semalam, memudahkan penerima membuat persiapan menjelang Aidilfitri. Foto Nadya

KUCHING: Bantuan di bawah inisiatif Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) terus dihargai kerana meringankan kos sara hidup, namun warga emas berharap kerajaan menambah baik mekanisme penerimaannya, terutamanya bagi golongan yang kurang mahir menggunakan telefon pintar atau sistem digital.

Hasil tinjauan Utusan Sarawak di kaunter perkhidmatan Sarawak Service di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini mendapati sambutan terhadap SKAS menggalakkan. 

Kelmarin, seramai 140 orang hadir bagi mendapatkan maklumat dan bantuan, manakala semalam setakat 12.00 tengah hari, jumlah pengunjung dihadkan kepada 120 orang.

Bagi ramai keluarga, bantuan SKAS dikreditkan secara berfasa, dan fasa terkini bermula semalam, bersamaan dengan persiapan menjelang Aidilfitri minggu depan. 

AHMAD Hassan hadir ke UTC Kuching bagi membantu ibu sausara isterinya mendapatkan bantuan SKAS. Foto Nadya

Hal ini memberi peluang kepada penerima untuk membeli keperluan harian dan persiapan Aidilfitri, terutama bagi golongan warga emas dan keluarga berpendapatan rendah.

Menurut Ahmad Hassan, 65, dari Kuching, beliau hadir bukan untuk dirinya sendiri, tetapi bagi membantu ibu saudara isterinya yang sudah lanjut usia mendapatkan bantuan. 

Beliau berkata penggunaan telefon pintar dan aplikasi kadangkala menyukarkan golongan warga emas menerima bantuan.

“Kalau boleh, kerajaan pertimbangkan kaedah lebih mudah, contohnya menggunakan kad pengenalan atau sistem pendaftaran ringkas,” katanya. 

Bantuan RM950 setahun yang diterimanya telah membantu dalam pembelian keperluan harian dan barangan asas keluarga.

SRIANO Nawawi menghargai manfaat SKAS tetapi menggesa kaedah lebih mudah bagi golongan warga emas. Foto Nadya

Namun begitu, proses pengurusannya kadangkala menimbulkan kesulitan, khususnya bagi mereka yang kurang mahir menggunakan teknologi.

Sementara itu, Sriano Nawawi, 48 tahun dari Penrissen, menyifatkan SKAS memang meringankan kos sara hidup, namun golongan warga emas tetap menghadapi cabaran dalam menerima bantuan melalui sistem digital.

“Bantuan ini memudahkan rakyat membeli keperluan harian, tetapi bagi warga emas, penggunaan aplikasi kadangkala menyukarkan proses. Kaedah lebih mudah amat dialu-alukan,” ujarnya.

Kedua-dua responden berharap agar mekanisme bantuan SKAS ditambah baik supaya warga emas dapat terus menikmati manfaat tanpa halangan teknikal dan memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Oleh Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: SDEC, CENTEXS dan DBOS santuni institusi kebajikan sempena Ramadan
Next: Banjir di Kuching pulih, dua PPS ditutup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.