Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Industri kecil dan sederhana di Limbang miliki potensi besar
  • Utara
  • WILAYAH

Industri kecil dan sederhana di Limbang miliki potensi besar

Utusan Sarawak 8 hours ago
SERAH GERAN…Dr Abdul Rahman menyerahkan geran kepada wakil salah satu JKKK cina di Limbang.

LIMBANG: Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di negeri Sarawak  khususnya daerah Limbang  mempunyai potensi besar untuk dikembangkan susulan pertambahan jumlah kemasukkan  pengunjung Brunei ke daerah itu.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, rakyat di Limbang perlu merebut peluang yang ada kerana IKS memberi pulangan ekonomi yang banyak jika diusahakan secara konsisten.

“Kita sebagai penduduk Limbang berterima kasih kepada kerajaan Sarawak kerana tidak lupa untuk membangunkan Limbang, dan kita kena bersedia untuk menggunakan peluang yang ada, sekarang ni pun banyak peluang yang ada dari segi perniagaan IKS, sektor perkhidmatan, kraftangan, inap desa, restoran dan sebagainya,”katanya pada Majlis Penyerahan Geran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)  Masjid dan Surau DUN Bukit Kota di Dewan Kampung Bunga Raya, Limbang hari ini.

PERKASA IKS...Dr Abdul Rahman merakam gambar kenangan bersama penerima Geran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)  Masjid dan Surau DUN Bukit Kota di Dewan Kampung Bunga Raya, Limbang.

Pada masa yang sama peningkatan jumlah peniaga dan produk tempatan yang ditawarkan menyumbang kepada perkembangan sektor IKS di Limbang, menjadikannya sebagai destinasi pilihan utama pengunjung dari dalam dan luar negara, termasuk Brunei.

Tegas beliau kerajaan Sarawak terus komited membangunkan dan memperkasakan IKS dengan menyediakan pelbagai kemudahan serta prasarana, selain menyokong usaha bersepadu daripada rakyat dan pihak berkepentingan untuk memajukan industri IKS di Sarawak.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kerja pemulihan dilaksanakan di kawasan tanah runtuh Kampung Bukit Kota
Next: ADUN Kalaka puji kejayaan PDRM Saratok perangi dadah, judi dalam talian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.