Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 723 penerima bantuan kebajikan di Sibu terima sumbangn Sejambak Kasih Hari Raya
  • WILAYAH

723 penerima bantuan kebajikan di Sibu terima sumbangn Sejambak Kasih Hari Raya

Utusan Sarawak 12 hours ago
TIMBALAN Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam menyampaikan sumbangan wang tunai kepada penerima pada Majlis Sejambak Kasih Hari Raya di Sibu.

SIBU: Seramai 723 penerima bantuan kebajikan beragama Islam di Bahagian Sibu menerima sumbangan perayaan menerusi Program Sejambak Kasih Hari Raya anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, setiap penerima menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM100 serta hamper bernilai RM80 seorang.

“Bagi penerima yang tidak dapat hadir ke majlis penyampaian ini, sumbangan wang tunai akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank masing-masing,” katanya ketika berucap pada Majlis Sejambak Kasih Hari Raya yang diadakan di sini, hari ini.

Menurutnya, program berkenaan bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan agar mereka turut dapat merasai kegembiraan menyambut Hari Raya.

Mohammad Razi menambah seramai 5,670 individu di Sibu kini menerima bantuan kebajikan bulanan daripada JKM dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.57 juta setiap bulan.

Dalam pada itu, Razi menasihati para penerima supaya menggunakan bantuan yang diterima dengan sebaiknya bagi meringankan beban menjelang sambutan Hari Raya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 29 KJM Petra Jaya terima geran RM87,000, perkasa komuniti
Next: Pemuda PBB Bukit Sari muliakan al-Quran sebagai pegangan hidup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.