Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 150 penerima bantuan diraikan dalam Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri di Miri
  • WILAYAH

150 penerima bantuan diraikan dalam Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri di Miri

Utusan Sarawak 15 hours ago
 RINGANKAN BEBAN… Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah menyampaikan sumbangan kepada penerima bantuan Kebajikan, Lamudin Kassim pada Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri 2026 yang berlangsung di Miri, hari ini.

MIRI: Seramai 150 penerima bantuan kebajikan diraikan dalam Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri 2026 yang berlangsung di sini, hari ini.

Majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu bertujuan meringankan beban kewangan serta menceriakan golongan penerima bantuan yang akan menyambut  Aidilfitri tidak lama lagi.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, program tersebut juga menjadi antara inisiatif kerajaan untuk membantu meningkatkan kualiti hidup keluarga yang kurang berkemampuan.

Menurut beliau, bagi 2026, seramai 1,086 penerima bantuan kebajikan di Miri yang beragama Islam akan menerima sumbangan sempena Aidilfitri daripada keseluruhan 4,758 penerima bantuan bulanan kebajikan di bahagian itu.

“Daripada jumlah tersebut, 150 orang dijemput hadir ke majlis hari ini untuk menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM100 setiap seorang.

“Baki 836 penerima yang tidak dapat hadir akan menerima sumbangan RM100 yang akan dikreditkan terus ke akaun masing-masing,” katanya semasa berucap pada majlis tersebut.

Dalam pada itu, majlis berkenaan turut mendapat sokongan pihak korporat apabila Hotel Dynasty menaja penggunaan fasiliti hotel secara percuma bagi penganjuran program tersebut.

Selain itu, pihak hotel turut menyumbang hamper berbentuk bahan makanan bernilai RM150 setiap satu kepada 150 penerima bantuan yang hadir, menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM22,500.

Fatimah berkata kerjasama antara pihak korporat dan kerajaan amat penting dalam memastikan golongan memerlukan terus mendapat perhatian dan bantuan sewajarnya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program Singgah Sahur Ramadan perkukuh hubungan warga BBP Bintangor
Next: 29 KJM Petra Jaya terima geran RM87,000, perkasa komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.